Oleh Wang Fuyang
20 Disember 2023, 16:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Di bawah kerangka Projek Pertukangan Luban, China State Construction Engineering Corporation (CSCEC) Malaysia mengambil inisiatif untuk menyahut seruan Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau Malaysia 2017-2030 dengan mendirikan projek pembinaan kitar semula dan penjimatan tenaga melalui konsep “Empat Penjimatan dan Kitar Sekitar” (penjimatan tenaga, penjimatan tanah, penjimatan air, penjimatan bahan dan alam sekitar). Selain itu, CSCEC juga mementingkan komunikasi dengan komuniti, mengambil berat keperluan penduduk tentang persekitaran, kebendaan dan kebudayaan, menjalankan pembangunan komuniti dan penyepaduan budaya, melibatkan diri secara sama rata dan berkasih sayang dalam menyokong dan membina pembangunan komuniti.

Projek Menara Exchange 106 Kuala Lumpur ialah teladan bagi projek hijau, rendah karbon dan menjimatkan tenaga. Menara setinggi 452 meter ini dibina oleh CSCEC Malaysia dalam tempoh 2 tahun 10 bulan dan menjadi satu daripada bangunan tertinggi dalam kawasan tersebut dan merupakan lambang bangunan baharu di Malaysia. Projek ini memecahkan pelbagai rekod pembinaan pada peringkat global dan Asia Tenggara serta mencatatkan rekod sebagai bangunan yang berketinggian lebih daripada 400 meter yang dibina dalam tempoh masa yang agak singkat.

Wartawan Xinhua News Agency semasa liputan tentang Projek Menara Exchange 106.

Menara Exchange 106 dilengkapi dengan peralatan jimat tenaga, iaitu solar, peralatan kitar semula sampah model baharu dan melibatkan teknologi pembinaan seperti teknologi platform pembinaan boleh tanggal, teknologi kitar semula air dan teknologi gunaan keluli kukuh tinggi. Laporan Panduan Bangunan Hijau (GBI) juga dihasilkan secara berkala dan diserahkan kepada agensi kerajaan. Pelbagai faktor pencemaran dan bunyi yang berbahaya kepada alam sekitar dikawal dengan baik dan kawasan setempat terlindung semasa proses pembinaan dijalankan.

CSCEC Malaysia berjaya membaiki persekitaran kediaman dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat melalui tindakan nyata. Lebih daripada 40 peratus kawasan perbandaran di kawasan berbukit di Malaysia tidak mempunyai bekalan elektrik dan penduduk Orang Asli dalam kawasan tersebut tidak mempunyai akses terhadap bekalan elektrik untuk kegunaan seharian. Pasukan sukarelawan Better Share Better World bekerjasama dengan pertubuhan amal bukan kerajaan seperti Raleigh KL, Universiti Malaya dan Suncrox Solar Malaysia dengan melibatkan kira-kira 20 orang telah memasang lampu solar di kawasan bukit Pos Sinderut, Kg. Tual, Pahang dan menyumbangkan barang keperluan seharian kepada penduduk Orang Asli di sana.

Pasukan sukarelawan Better Share Better World menyampaikan sumbangan dan bantuan serta memasang lampu solar di Kampung Orang Asli Kg. Tual Pahang.

Masalah bekalan elektrik penduduk Orang Asli diselesaikan, keselamatan mereka terjamin, kehidupan mereka di atas bukit dapat diterangi. Batin Harun Disiden, Ketua Kampung  Orang Asli di Pos Sinderut, Kg. Tual menyatakan harapannya agar mendapatlebih banyak bantuan di samping menjaga alam sekitar dan warisan budaya kampung mereka. Mereka menyambut baik hasrat dan sumbangan syarikat seperti CSCEC Malaysia yang membawa cahaya ke kampung, menjimatkan tenaga dan pada masa yang sama tidak merosakkan ekosistem kampung. China Global Television Network (CGTN) telah menyiarkan satu dokumentari khas mengenai kisah yang menyentuh hati ini dan mendapat sambutan yang hangat.

Projek Pertukangan Luban berasal daripada “semangat Luban” dan budaya perniagaan CSCEC. Projek ini membawa warisan budaya tradisional China ke seluruh dunia. Pada masa yang sama, memperkenalkan semangat CSCEC yang menyumbang kepada keindahan bersama dan pembinaan masa hadapan kepada dunia.

CSCEC Malaysia terus meneroka dan bersilih ganti cara untuk menyebarkan budaya China di peringkat antarabangsa. Dalam proses pelaksanaan Projek Pertukangan Luban, CSCEC Malaysia menyelaraskan sumber, meluaskan pengaruh, merombak penghalang budaya, menggalakkan pelbagai pihak untuk bersama-sama terlibat dan membina rangkaian projek Bengkel Luban yang berkualiti tinggi. Di samping itu, tumpuan yang besar juga diberikan dalam peluasan “bulatan persahabatan tempatan” dan pembinaan jenama antarabangsa CSCEC.

CSCEC Malaysia juga aktif di media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok dengan menyiarkan kandungan berkualiti tinggi tentang pembinaan bandar, pekerja cemerlang dan tanggungjawab syarikat. Secara khususnya, kursus pembelajaran bahasa Melayu Bengkel Luban yang disiarkan dalam bentuk video pendek mendapat sambutan yang baik dengan lebih daripada 220,000 tontonan pada episod pertama.

Hamada, seorang jurutera yang terkenal di media sosial  yang mempunyai lebih daripada dua juta pengikut dari seluruh dunia berjaya menarik perhatian pengguna luar negara dengan penggunaan teknologi pencetakan 3D untuk mencetak maskot Bing Dwen Dwen semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan topik perayaan Pesta Tanglung.

Dari segi media tradisional pula, CSCEC Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan lapan media utama tempatan dan terdapat lebih 100 berita yang diterbitkan di media tempatan seperti RTM, 8TV Chinese News, The Star, Nanyang Siang Pau dan Asia Times. Selain itu, CSCEC Malaysia juga bekerjasama rapat dengan CGTN dan Xinhua News Agency dalam penyediaan bahan untuk liputan khusus seperti Symphony on the New Silk Road dan dokumentari Smart Construction. Hal ini mencerminkan profesionalisme CSCEC dalam bidang pembinaan dan semangat pertukangan negara maju.

CSCEC Malaysia dengan aktif menggalakkan kerjasama dengan pelbagai pihak tempatan, termasuk kerabat diraja, kerajaan tempatan, persatuan industri dan pelbagai lapisan masyarakat. CSCEC juga menyahut seruan Kedutaan China dan pejabat perniagaan China di Malaysia dan berperanan sebagai pemimpin bidang.

Sebagai pengerusi bahagian pembinaan CECCM, CSCEC Malaysia aktif dalam 20 acara yang diadakan oleh pihak kedutaan dan persatuan perniagaan pada tahun 2022. Pada tahun 2023, CSCEC meluaskan lagi pengaruh dengan menganjurkan seminar tentang penyelesaian pertikaian pascapandemik dan sesi penerangan tentang akta pembangunan dan pengurusan bidang.

Visi Projek Pertukangan Luban untuk memberikan kuasa kepada pertumbuhan inovatif bakat, bersama-sama membina masa hadapan menang-menang telah mekar berkembang di Malaysia. CSCEC mengambil bahagian dalam pembahagian kerja dan kerjasama industri global, melaksanakan projek inovatif untuk menggalakkan inisiatif pembangunan global, menjadi pemimpin, pelopor dan pelaksana ke arah globalisasi dalam industri pembinaan infrastruktur. Projek Pertukangan Luban akan terus menyampaikan konsep pembangunan mampan dalam syarikat China kepada masyarakat dunia, memikul kewajipan sebagai warganegara korporat global dan membentuk imej China yang mesra, disegani dan dikasihi dalam dekad seterusnya bawah Inisiatif Sejalur Sejalan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.