Oleh Wang Fuyang
19 Disember 2023, 16:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Peranan CSCEC Malaysia

Melalui pelaksanaan Projek Pertukangan Luban, CSCEC Malaysia berusaha menarik minat dan melatih bakat bidang pembinaan dari luar negara. Hal ini bagi menggerakkan pembangunan berkualiti tinggi institusi dan perniagaan CSCEC di luar negara seterusnya meningkatkan reputasi syarikat pada peringkat.

Dari segi penggabungan antara industri dengan pendidikan, CSCEC Malaysia terus meluaskan kerjasama dengan institusi pendidikan tempatan untuk bersama-sama menganjurkan pelbagai aktiviti interaksi. Hal ini membolehkan pengaruh antarabangsa syarikat dapat ditingkatkan. Sebagai contoh, CSCEC Malaysia menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Malaysia untuk menganjurkan Dialog Belia Antarabangsa China-Malaysia dan berjaya menarik perhatian media seperti China News Service dan Sin Chew Daily.

Pada bulan Julai 2022, Universiti Malaya bersama-sama dengan CSCEC Malaysia dan syarikat lain telah mengadakan “Hari Terbuka Inovasi” secara dalam talian yang melibatkan lebih daripada 150 pelajar sekolah menengah tempatan. Pada bulan berikutnya, CSCEC Malaysia bekerjasama pula dengan Jabatan Teknologi Awam, Kolej Vokasional Port Dickson untuk menjalankan aktiviti interaksi antara institusi pendidikan dan syarikat. Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Vokasional CSCEC, Parthiban Ponusamy dan Pegawai Kanan Keselamatan CSCEC, Syazwan diundang bagi menyertai sesi dialog keselamatan bidang pembinaan secara dalam talian, memberikan ceramah tentang isu keselamatan yang wujud pada peringkat prapembinaan sesuatu projek pembinaan dan menjawab pertanyaan daripada pensyarah dan pelajar.

Pada awal tahun 2023, CSCEC Malaysia bekerjasama dengan China Enterprises Chamber of Commerce in Malaysia (CECCM) untuk melawat Singapura dan Malaysia bersama-sama dengan pasukan praktis sosial luar negara dari Tsinghua University. Mereka mendalami isu pembangunan bakat antarabangsa, penyebaran budaya China dan kerjasama perniagaan antarabangsa. Mereka juga memberikan penerangan dan mempamerkan pembangunan dan pencapaian CSCEC di Malaysia.

Melalui projek khas di bawah Bengkel Luban, CSCEC Malaysia terus membantu membangunkan belia tempatan dan memupuk kuasa yang mampu memimpin kemajuan dalam bidang pembinaan tempatan. Seorang seorang graduan universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan awam yang dikenali sebagai Alida menyatakan bahawa, “Saya sangat berharap untuk belajar di China dan kemudian masuk ke syarikat seperti CSCEC di Malaysia bagi mempelajari teknologi canggih China seterusnya membantu membangunkan tanah air saya dengan lebih baik.”

Dalam usaha memupuk bakat antarabangsa, CSCEC Malaysia mengutamakan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dengan syarikat dan menerima serta memupuk bakat dalam bidang yang berkaitan secara meluas agar dapat membuka peluang untuk perkembangan masa hadapan bidang pembinaan tempatan.

Selain kerjasama dengan UTAR, CSCEC Malaysia juga bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menjalankan projek latihan industri untuk menarik minat pelajar menjalani latihan industri dan bekerja di CSCEC. Sehingga kini, lebih daripada 350 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan telah diterima untuk latihan industri dan lebih daripada 80 pelajar cemerlang telah diserap sebagai pekerja tetap.

Melalui kerjasama antara institusi pengajian tinggi dengan syarikat, CSCEC Malaysia terus memajukan proses lokalisasinya dan dengan aktif membantu golongan belia Malaysia merealisasikan impian mereka di bawah inisiatif Sejalur Sejalan serta merealisasikan pembinaan “Malaysia yang sejahtera, inklusif dan mampan” sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12.

Pihak institusi pendidikan dan syarikat menandatangani perjanjian kerjasama.

Berdasarkan asas kukuh Bengkel Luban yang sedia ada, CSCEC Malaysia giat menjalin kerjasama dengan International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) dan Institut Teknologi Seni Bina Jiangsu bagi memohon dana bawah projek Bengkel Zheng He yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan Jiangsu. Ketiga-tiga pihak telah menandatangani perjanjian rangka kerjasama dan menetapkan kerjasama peringkat awal. Pada masa hadapan, pihak universiti dan syarikat akan bekerjasama secara mendalam dalam usaha membina tapak latihan industri, pemupukan bakat kemahiran profesional dan sebagainya. Hal ini akan meluaskan lagi pengaruh pendidikan tinggi vokasional pada peringkat tempatan serta bersama-sama memajukan pemupukan bakat dalam bidang pembinaan di Malaysia.

Projek Pertukangan Luban memaparkan semangat inovatif, praktikal, bertanggungjawab dan semangat kasih sayang yang berasal dari tokoh Luban. Hal ini sejajar dengan nilai dan budaya perniagaan CSCEC yang menekankan integriti, inovasi dan inklusiviti.

Pada tahun 2023, sukarelawan Better Share Better World, CSCEC Malaysia terlibat dalam Projek Sukarelawan Warisan Dunia UNESCO (WHV) untuk melindungi warisan bangunan bersejarah di Melaka, Malaysia. Mereka menyeru agar masyarakat global menyertai usaha melindungi peninggalan sejarah yang dimiliki oleh negara. Projek yang digerakkan oleh Muzium Kebudayaan Cheng Ho, Melaka ini dikenali sebagai “Kempen Sukarelawan Warisan Dunia WHV-Cheng Ho & Laluan Sutera Maritim Melaka”. Kempen ini melibatkan lebih 20 orang sukarelawan dari Itali, Australia, Jepun, Maghribi, Singapura, Perancis dan China. Ini adalah satu projek penting dalam Program Pendidikan Warisan Dunia.

Sesi penyampaian sijil kepada sukarelawan CSCEC dan Projek Pertukangan Luban.

Dalam aktiviti ini, CSCEC Malaysia mengamalkan semangat Projek Pertukangan Luban dengan mengaplikasikan kelebihan profesional dalam bidang pembinaan China dan mula “merawat” bangunan bersejarah dalam kawasan Melaka sebagai sumbangan usaha CSCEC terhadap perlindungan tapak bersejarah di Melaka. Muzium Kebudayaan Cheng Ho Melaka telah memberikan sijil kepada pasukan sukarelawan dan Projek Pertukangan Luban.

Pengarah Projek Global Sukarelawan Warisan Dunia, Francesco turut mengirimkan surat sepanjang kempen sukarelawan berlangsung dan memberikan penghargaan tinggi kepada CSCEC sebagai rakan sokongan yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan WHV. Beliau berharap agar dapat menjalinkan kerjasama global dengan CSCEC untuk menyampaikan konsep perlindungan warisan kepada generasi akan datang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.