18 Mac 2024, 09:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dalam era arus pemodenan ini, banyak kemajuan telah dibangunkan termasuklah dalam aspek kemajuan infrastuktur, sains teknologi, ekonomi, dan sumber manusia. Kemajuan dalam bidang pelaburan tidak begitu hebatnya kerana merupakan satu daripada sumber kewangan untuk mampu menjana pendapatan yang menguntungkan. Terdapat pelbagai bentuk pelaburan seperti saham, bon, mata wang luar negara dan lain-lain lagi dan setiap bentuk pelaburan mempunyai risiko dan pulangan yang berbeza. Pelaburan saham bermaksud pembelian saham daripada sesuatu agensi dan syarikat yang berkemungkinan mendapat hasil keuntungan atau kerugian dari perusahaan perniagaan atas pembiayaan modal sebagai aset.

Penganalisis data pelaburan mempunyai dua kaedah utama, iaitu analisis fundamental dan analisis teknikal. Oleh itu, para pelabur perlulah bijak mengunakan analisis tersebut untuk menilai pelbagai corak harga saham. Setiap keputusan yang hendak dilakukan oleh pelabur sangat dipengaruhi oleh jangkaan pelabur terhadap kebarangkalian mendapat pulangan dan risiko yang berkaitan yang disebabkan oleh faktor ekonomi (Dourra dan Siy, 2002).

Candlestick

Dalam aktiviti pelaburan yang memfokuskan kepada penggunaan analisis teknikal sebagai sumber untuk menilai dan mengukur tahap kemajuan sesuatu aset, carta candlestick merupakan kaedah paling popular dalam aktiviti pelaburan yang memfokuskan kepada penggunaan analisis teknikal sebagai sumber untuk menilai dan mengukur tahap kemajuan sesuatu aset. Candlestick mempunyai peranan dan fungsinya untuk menilai dan meramalkan pergerakan harga dalam pasaran kewangan dengan lebih jelas seperti bursa saham, mata wang, komoditi dan mata wang kripto. Oleh kerana itu, bentuknya seperti batang lilin dapat membantu pelabur mendapatkan gambaran visual yang jelas tentang pergerakan harga dalam tempoh tertentu. Imej batang lilin biasanya mewakili satu unit masa, seperti satu jam atau sehari, dan terdiri daripada empat komponen utama, iaitu harga pembukaan, penutup, tinggi dan rendah. Pelabur akan dapat menilai dengan lebih jelas pergerakan semasa aliran naik turun dan keaktifan pelabur menjual dan membeli sesuatu aset melalui gambar ini.

Peluang Mendapat Keuntungan Menggunakan Candlesticks dalam Analisis Teknikal

Carta candlestick memainkan peranan yang sangat penting dalam analisis teknikal untuk kegunaan seseorang pelabur sebagai  satu daripada strategi untuk mengatur dan menilai tahap keberkesanan untuk kebarangkalian keuntungan. Candlestick merupakan satu daripada alat yang paling biasa digunakan dalam analisis teknikal untuk difahami oleh pelabur melalui pelbagai pergerakan harga dan juga menyediakan maklumat visual dalam tempoh tertentu. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan peluang keuntungan dengan menggunakan analisis teknikal melalui carta candlestick untuk mengukur nilai pelaburan.

Cara pertama adalah mengenal pasti corak candlestick. Hal ini demikian kerana kaedah ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu engulfing patterns dan doji patterns. Dengan itu, corak engulfing memainkan peranan dalam menunjukkan perubahan arah harga dengan jelas melalui kenaikan harga dan penurunan harga. Sebagai contoh, engulfing kenaikkan harga akan berlaku apabila candle kenaikkan harga menenggelamkan candle bearish sebelumnya untuk menunjukkan potensi belian yang tinggi denganmembenarkan pembalikan ke atas, manakala engulfing bearish boleh berlaku dengan menelan candle kenaikkan harga sebelumnya disebabkan oleh potensi jualan yang tinggi yang membawa kepada penurunan harga pembalikan. Seterusnya, bahagian kedua iaitu doji patterns yang akan menggambarkan corak candlestick yang tidak pasti di pasaran. Perkara ini menjelaskan bahawa doji akan terbentuk apabila harga pembukaan dan penutupan adalah sama dan pelabur boleh menilai ketidakseimbangan antara pembeli dan penjual aset tersebut.

Cara kedua untuk meningkatkan peluang keuntungan adalah dengan mengesahkan isyarat tanda-tanda lain. Sebagai contoh, peniaga boleh menggunakan batang lilin sebagai pengesahan untuk makluman daripada tanda teknikal lain, termasuk RSI, yang merupakan indeks kuasa relatif, atau MACD, yang merupakan perbezaan penumpuan purata pemindahan. Oleh itu, jika penunjuk teknikal lain menunjukkan perbezaan kenaikkan harga, pedagang boleh melihat lebih dekat dengan gaya candlestick yang menyokong makluman yang sangat teguh.

Seterusnya ialah cara ketiga iaitu meneliti pembalikan dan kesinambungan. Pelabur boleh meneliti corak graf lilin yang boleh memberikan gambaran tentang sebarang pembalikan arah aliran atau penerusan arah aliran yang boleh dilaksanakan. Contohnya, corak candlestick termasuk “tukul” atau “bintang jatuh” boleh membayangkan pembalikan keupayaan. Oleh itu, pelabur akan lebih mudah untuk membuat sebarang pilihan yang mendatangkan keuntungan. Selain itu, mengukur sentimen pasaran merupakan satu daripada kaedah yang boleh digunakan sebagai peluang untuk mendapatkan keuntungan daripada keputusan pelaburan.

Hal ini kerana melalui batang lilin, pelabur akan mengetahui dengan lebih jelas gambaran sebenar sentimen pasaran saham. Sebagai contoh, graf lilin kenaikan harga berturut-turut menggambarkan kekuatan arah aliran yang mudah meningkat, iaitu pelabur aktif membeli saham, manakala graf lilin menurun berturut-turut menggambarkan aliran tekanan jualan yang tinggi daripada pelabur. Akhir sekali, cara kelima ialah menggunakan corak untuk menguruskan risiko. Pelabur boleh menggunakan corak candlestick sebagai rujukan untuk menentukan tahap mengurangkan kerugian atau mengambil keuntungan apabila carta mencapai tahap puncak. Sebagai contoh, jika pelabur melihat corak pada carta candlestick yang menunjukkan potensi pembalikan ke bawah, pelabur perlu untuk membuat keputusan untuk memotong saham kerugian daripada terus menurun dan membawa kepada kerugian.

Penutup

Penerokaan usaha niaga yang menguntungkan melalui pelbagai peluang yang dimiliki melalui analisis teknikal dalam penilaian carta candlestick adalah satu daripada  rancangan dan usaha kebarangkalian untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko. Berdagang menggunakan analisis data yang baik dan bijak boleh membantu pelabur mencapai kejayaan keuntungan sebenar. Walau bagaimanapun, adalah sangat penting untuk diingat bahawa batang lilin sahaja tidak mencukupi untuk membuat keputusan perdagangan. Penggunaan candlestick harus digabungkan dengan analisis teknikal lain seperti analisis asas dan pertimbangan pengurusan risiko yang baik. Pelabur harus melakukan penyelidikan menyeluruh dan menganalisis pelbagai faktor sebelum membuat keputusan perdagangan. Kaedah analisis teknikal ini merupakan satu daripada pendekatan jangka pendek untuk mendapatkan pulangan dan tertumpu kepada pelabur yang baharu dalam dunia pelaburan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.