Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan Sekarang2500 tahun lalu, Luban menjadikan kayu sebagai peralatan dan perabot sehingga digelar sebagai “moyang terulung ratusan tukang”. Bersempena dengan ulang tahun kesepuluh cadangan Inisiatif Sejalur Sejalan, China State Construction Engineering Corporation (CSCEC) telah melancarkan Projek Pertukangan Luban, iaitu suatu projek penjenamaan strategi mampan bersifat sedunia yang menjunjung semangat pertukangan Luban.
China State Construction Engineering (M) Sdn. Bhd. gigih menyahut seruan cadangan Inisiatif Sejalur Sejalan untuk menubuhkan “Bengkel Luban” di Malaysia. Melalui siri kegiatan kerjasama universiti dan perusahaan seperti latihan kemahiran keselamatan dan profesional serta program Hari Terbuka Inovasi, akademi tersebut berperanan untuk meneroka dan menggalakkan pembinaan mod kerjasama “Industri-Universiti-Penyelidikan” serta memacu pembangunan bakat pembinaan dan perkembangan bidang pembinaan tempatan. Pada masa yang sama, CSCEC terus mengintegrasikan diri dalam pasaran tempatan secara mendalam, melaksanakan tanggungjawab masyarakat dan menggalakkan kesalingfahaman antara rakyat, di samping menyumbang tenaga demi menggerakkan pembinaan Inisiatif Sejalur Sejalan berkualiti tinggi dan membantu Malaysia merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Projek Pertukangan Luban
Projek Pertukangan Luban merupakan satu projek penjenamaan strategi mampan yang diusahakan oleh CSCEC yang berperanan menyediakan latihan kemahiran pekerjaan dan dilengkapi dengan penyebaran imej korporat dan jenama perniagaan. Melalui latihan teknikal dan vokasional yang bersistematik, berorientasi dan berwawasan, projek ini membantu dalam pertumbuhan inovatif bakat, memenuhi keperluan pembangunan ekonomi dan sosial setempat serta memacu pembangunan mampan dalam bidang pembinaan secara global.
Di Malaysia, Bengkel Luban merupakan penyataan penting Projek Pertukangan Luban yang dilaksanakan secara berkesan dengan sistem “1+3+N” melalui identiti visual dan nama projek yang seragam. Akademi ini menyumbang kepada pertumbuhan inovasi bakat, memenuhi keperluan pembangunan ekonomi dan sosial setempat serta memacu pembangunan mampan dalam bidang pembinaan secara global. Sumbangan yang dilaksanakan adalah melalui latihan teknikal dan vokasional, interaksi budaya, tanggungjawab masyarakat, penyebaran jenama dan langkah lain yang bersistematik, berorientasi dan berwawasan.
Peranan CSCEC Malaysia
Sebagai peserta yang giat melibatkan diri dalam pembahagian kerja dan kerjasama industri global, CSCEC memahami sepenuhnya nilai dan makna pembinaan dan kenikmatan bersama, kerjasama menang-menang serta pertukaran dan pembelajaran bersama. Dengan adanya Projek Pertukangan Luban, CSCEC Malaysia terus berkongsi standard China, teknologi China dan norma China ke seluruh dunia, memupuk bakat bidang pembinaan antarabangsa, membantu bidang pembinaan untuk merealisasikan kemakmuran dan pembangunan mampan serta merealisasikan konsep “Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan”.
Pada bulan Julai 2022, CSCEC Malaysia secara rasminya melancarkan projek khas Bengkel Luban, iaitu Pusat Pembangunan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Bidang Pembinaan China-Malaysia pertama dalam sejarah Malaysia dengan kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia. Pusat ini dijadikan sebagai platform peningkatan kemahiran pekerjaan yang berkualiti untuk kakitangan China dan tempatan dan telah mencapai hasil yang cemerlang.
Dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia Malaysia, CSCEC Malaysia telah mendapatkan kelulusan kelayakan latihan teknikal dan vokasional tempatan dan kini menyediakan sebanyak 36 sesi latihan termasuk latihan bahasa Melayu untuk kakitangan China dan latihan khusus bidang pembinaan elektrik dan air untuk kakitangan tempatan. Sebagai pusat pendidikan teknologi profesional pertama di Malaysia yang diasaskan oleh syarikat pembinaan China dengan kerjasama universiti tempatan dan institusi teknologi vokasional China, penubuhan Pusat Pembangunan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Bidang Pembinaan China-Malaysia memperlihatkan peringkat baharu dalam pendidikan vokasional pembinaan di Malaysia.
Menurut Sun Xuegeng, pusat tersebut akan menjadi platform pembangunan yang memudahkan interaksi antara institusi pengajian tinggi China dengan Malaysia. Bengkel Luban akan memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuh hubungan antara bidang pembinaan di dalam dengan luar negara China, secara beransur-ansur menyempurnakan model pemupukan bakat dan mekanisme latihan vokasional dan memberikan sokongan terhadap transformasi dan peningkatan kualiti bidang pembinaan.
Sejak permulaan kursus, pusat tersebut menerima liputan berita daripada media tempatan dan luar negara termasuk TV2 Malaysia, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan China News Network. Pada awal tahun 2023, pekerja CSCEC Malaysia mengikuti kursus perolehan kelayakan latihan teknikal dan vokasional yang dbimbing oleh pegawai Kementerian Sumber Manusia Malaysia di Universiti Sultan Azlan Shah. Kursus tersebut merangkumi topik termasuklah proses permohonan kelayakan pusat pemupukan bakat teknikal di Malaysia dan latihan dalam talian. Sin Chew Daily dan media lain memberikan liputan dan menerima sambutan yang positif.
CSCEC Malaysia menjadi syarikat pembinaan China pertama yang mengadakan kursus bahasa Melayu melalui organisasi tempatan, iaitu Pusat Kebudayaan Han Malaysia dan menggalakkan pekerja China untuk mempelajari bahasa Melayu bagi mempromosikan pemahaman budaya dan masyarakat China dan Malaysia.
Pada pertengahan tahun 2022, kursus bahasa Melayu pertama dijalankan oleh Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Dato’ Goh Hin San. Dalam sesi seterusnya, Dato’ Goh menyentuh tentang komposisi etnik Malaysia, perayaan dan kebudayaan agama, adat resam dan sebagainya. Dalam tempoh tiga bulan, sebanyak 14 sesi latihan intensif dijalankan. Peserta yang mengikuti kursus dan lulus ujian telah menerima sijil kelayakan pembelajaran bahasa “Rakan Bahasa” yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Penganjuran kursus bahasa Melayu merupakan langkah proaktif CSCEC Malaysia untuk menyepadukan diri dengan masyarakat tempatan, menggalakkan interaksi budaya dan menjadi usaha pada peringkat awam untuk menggalakkan interaksi silang budaya antara kedua-dua negara. Zhu Zijian, salah seorang peserta China yang mengikuti kursus ini berkata, “Dengan mempelajari bahasa Melayu, komunikasi kami dengan pekerja tempatan menjadi lebih baik. Hubungan kami lebih erat dan kerja dapat disiapkan lebih cepat.”