29 Februari 2024, 12:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 boleh dikemukakan melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP mulai 1 Mac 2024.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL), agensi tersebut telah menguatkuasakan pengemukaan BN secara mandatori menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian atau e-Filing melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax mulai 1 Januari 2024.

Pembayar cukai dan majikan boleh mengakses perkhidmatan ini secara terus ke portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASiL, iaitu https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing. Sementara itu, ejen cukai pula hendaklah menggunakan perkhidmatan Tax Agent e-filing System (TAeF) versi 2.0 menerusi capaian https://taef.hasil.gov.my/.

Dalam kenyataan media HASiL, pembayar cukai boleh membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen termasuklah penyata pendapatan, resit, invois dan dokumen lain yang berkaitan dengan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023. Pembayar cukai berdaftar yang log masuk pada kali pertama ke MyTax perlu mengaktifkan sijil digital individu terlebih dahulu yang boleh dijana melalui portal MyTax > pilih jenis pengenalan > no. pengenalan > hantar dan pilih e-KYC (telefon pintar) atau e-CP55D (komputer/komputer riba/telefon pintar).

Bagi pembayar cukai yang memilih menu e-KYC, aplikasi MyTax perlu dimuat naik di telefon bimbit bagi tujuan pengesahan identiti berdasarkan padanan dokumen pengenalan dan swafoto melalui telefon pintar. Menu e-CP55D pula memerlukan pembayar cukai melengkapkan permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian dengan memasukkan alamat e-mel aktif berserta muat turun dokumen pengenalan. Pautan pengaktifan akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai sekiranya pendaftaran berjaya.

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan, tindakan set semula kata laluan boleh dilakukan dengan log masuk ke portal MyTax > pilih jenis pengenalan > no. pengenalan > hantar > lupa kata laluan dan pilih medium set semula. Pautan untuk membina kata laluan yang baharu akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai.

Jika pembayar cukai masih menghadapi masalah dengan kata laluan, pembayar cukai boleh merujuk kepada panduan terlupa kata laluan yang disediakan di portal MyTax atau menghubungi HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000 (dalam negara)/603-8911 1000 (luar negara) dan HASiL Live Chat.

Pembayar cukai juga boleh membuat semakan status penghantaran BN, bayaran balik, kedudukan e-Lejar dan maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui MyTax. Maklumat lanjut tentang Program Memfail BN Bagi Tahun 2024 boleh dirujuk di portal rasmi HASiL.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.