27 Mei 2023, 11:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Dutch Lady Malaysia Industries Bhd. (DLMI) menjelaskan bahawa  produk halal syarikat itu akan mengekalkan harga mereka dan memastikan produk mereka mudah diperoleh walaupun mengalami pergerakan harga yang tidak menentu dan trend rantaian bekalan dengan kos bahan keseluruhan bahan mentah meningkat sehingga 15% tahun lepas.

Pengarah urusannya, Ramjeet Kaur menyatakan bahawa ketika dunia mengalami pemulihan ekonomi, kestabilan pasaran terjejas dan syarikat itu juga turut menangani cabaran kesan daripada gangguan dan ketidaktentuan dalam logistik dan rantaian bekalan.

“Tekanan tersebut berjaya diimbangi oleh DLMI dan hal ini bermakna produk halal tersebut masih kekal mampu milik serta mudah diperoleh oleh pelanggan setia kami,” katanya  dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-60 DLMI.

Pengarah urusan syarikat itu juga berkata DLMI akan terus mengoptimumkan kos dan aliran tunai syarikat bagi menangani cabaran inflasi yang berlarutan  berikutan pihak pengurusan meneruskan langkah untuk mendapatkan pembiayaan ke arah mempertingkatkan kemudahan pembuatan baharunya yang bertaraf dunia pada masa hadapan.

Tambahnya lagi, syarikat itu juga optimis untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang  dan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada generasi Malaysia yang selanjutnya. Selain itu, syarikat juga ingin mengukuhkan daya tarikan berbilang generasi kepada rakyat tanpa mengira usia yang telah beroperasi sejak tahun 1963. Bagi mengurangkan import susu segar, kerajaan Malaysia telah menyasarkan tahap sara diri pengeluaran susu segar sebanyak 100 peratus menjelang  tahun 2025 kepada DLMI dan syarikat itu juga akan menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi melatih penternak tenusu tempatan untuk meningkatkan jumlah dan kualiti susu segar.

Sumber gambar: Dutch Lady Malaysia

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.