30 April 2024, 21:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohamad Adib Zulkifli

Kuala Lumpur – Pelaksanaan e-invois secara berperingkat bermula pada 1 Ogos 2024 bertujuan untuk mempertingkat kecekapan dan melancarkan operasi perniagaan pembayar cukai, sekali gus meningkatkan tahap pematuhan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin ketika berucap dalam Majlis Hari Raya HASiL 2024: Gema Lebaran Aidilfitri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan perhatian terhadap segala inisiatif terkini yang dilaksanakan oleh HASiL termasuklah Program Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang akan berakhir pada 31 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin ketika berucap dalam Majlis Hari Raya HASiL 2024: Gema Lebaran Aidilfitri di Dewan Bangsawan, Menara HASiL, Cyberjaya, hari ini.

Tambah beliau,

Saya akui setiap pembaharuan pastinya akan mengundang sedikit kegusaran pada peringkat awal, namun percayalah bahawa perubahan ini akan menyumbang kepada kemudahan dalam banyak aspek pada masa akan datang.

Dalam majlis yang disambut meriah itu, beliau juga menyatakan bahawa penganjuran majlis sambutan hari raya tersebut dilihat sebagai platform yang lebih terbuka bagi hubungan dua hala antara HASiL dengan tetamu undangan.

Ujar beliau,

Pemerkasaan sinergi antara HASiL dengan pelbagai pihak berkepentingan melalui program pembangunan percukaian yang dirangka untuk tahun ini dapat mengeratkan jalinan kerjasama dalam memacu perkembangan ekonomi demi mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar.

YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin (tiga dari kiri) bersama-sama tetamu undangan yang hadir dalam Majlis Hari Raya HASiL 2024: Gema Lebaran Aidilfitri.

Dalam majlis itu juga, beliau mengambil kesempatan menyatakan penghargaannya kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama HASiL bagi menjayakan majlis pada hari ini.

Sekitar Majlis Hari Raya HASiL 2024: Gema Lebaran Aidilfitri berlangsung.

Turut hadir dalam majlis berkenaan termasuklah pelbagai pihak berkepentingan dari agensi kerajaan dan swasta, rakan media, Rakan Strategik HASiL (RASH) dan komuniti sekitar Cyberjaya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.