26 April 2024, 16:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengagihkan sejumlah RM58.91 juta kepada 17 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada suku pertama 2024 bagi automasi dan pemodenan.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah sebanyak RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.

Selain itu, terdapat geran padanan disediakan untuk PKS aeroangkasa bumiputera. “Sasaran adalah 30 syarikat dengan jumlah peruntukan RM150 juta. Sehingga suku pertama tahun ini, RM8 juta telah diagihkan kepada lima PKS,” katanya pada sidang media mengenai Kad Laporan Suku Pertama MITI.

Beliau berkata setakat 31 Mac 2024, sebanyak 401 permohonan daripada PKS Malaysia telah diluluskan dengan jumlah nilai geran sebanyak RM149.1 juta bagi Dana Intervensi Industry4WRD (IIF). IIF berfungsi sebagai kemudahan sokongan kewangan untuk PKS Malaysia dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan untuk menggunakan teknologi Industri 4.0.

Tiga kelulusan teratas adalah sektor pembuatan makanan (78 PKS), produk plastik (51),dan mesin dan peralatan (40). Selangor, Johor dan Pulau Pinang merupakan negeri terbanyak yang menerima dana itu.

Beliau juga berkata MITI membantu PKS dalam usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka melalui mekanisme penilaian kendiri. Sehingga kini, sebanyak 702 daripada 1000 syarikat yang disasarkan bagi 2024 telah menerima bantuan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.