26 April 2024, 16:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melaporkan bahawa Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana FOB sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa sepanjang tempoh tersebut sebanyak 85,062 Sijil Asal (CO) telah dikeluarkan. “CO yang dikeluarkan pada suku pertama lebih tinggi daripada CO yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, yang mana FOB yang dijana tahun lepas berjumlah RM64.38 bilion dan CO sebanyak 82,997.”

CO membolehkan pengeksport menikmati layanan keutamaan melalui duti import yang lebih rendah atau sifar. Beliau turut menyatakan bahawa tiga FTA utama yang memberi banyak manfaat kepada pengeksport Malaysia ialah Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Korea.

Agensi MITI, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah meneraju misi ke pameran Arab Health 2024 dan Gulf Food 2024 manakala bahagian perdagangan MITI meneruskan usaha menyambung semula Perjanjian Perdagangan bebas Malaysia-Korea (ROK) yang memberi manfaat kepada pengeksport Malaysia.

“Semasa pameran perdagangan penjagaan kesihatan Arab Health 2024 selama empat hari, kita melihat potensi eksport berjumlah RM291 juta, termasuk 14 syarikat dan 1077 pertanyaan perniagaan. Kita juga menyertai pameran Gulf Food 2024 yang mempunyai potensi eksport sebanyak RM1.49 bilion. “Terdapat sembilan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dan syarikat global.

“Penyambungan semula FTA Malaysia dengan Korea berpotensi meningkatkan perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara dalam sektor baharu termasuk rantaian bekalan, ekonomi digital, bioekonomi dan hidrogen hijau.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.