21 April 2024, 12:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melaporkan bahawa perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan yang merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.

Eksport pada suku pertama 2024 meningkat 2.2 peratus kepada RM362.41 bilion berbanding suku pertama 2023, disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan perkilangan dan hasil galian. Eksport barangan besi dan keluli, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan logam, petroleum mentah dan gas asli cecair mencatat kenaikan ketara.

Menurut MITI, pertumbuhan telah disokong oleh peningkatan eksport ke Asean, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun. Bagi import suku pertama 2024, peningkatan 13.1 peratus tahun ke tahun kepada RM328.19 bilion disumbangkan oleh import barangan modal dan pengantara yang digunakan dalam aktiviti pembuatan barangan untuk dieksport.

Jumlah perdagangan bagi Mac 2024 berjumlah RM244.47 bilion (Mac 2023: RM232.6 bilion) dengan eksport bernilai RM128.64 bilion dan import RM115.83 bilion.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.