Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kepedulian sosial melalui penyerahan sumbangan kepada tiga buah rumah kebajikan bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri HASiL 2025 yang berlangsung di Dewan Bangsawan, Menara HASiL, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin dalam ucapan alu-aluannya berkata, sumbangan ini adalah lambang komitmen berterusan agensi dalam menyemai nilai murni serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Antara rumah kebajikan yang menerima sumbangan ialah Rumah Bakti Nur Ain, Bangi yang diwakili oleh YBrs. Encik Shaizul Karon Nasir; Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras yang diwakili oleh YBrs. Puan Umairah Nuraqilah Sulaiman serta Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nilai (PKAYMS) diwakili oleh YBrs. Encik Shariffudin Ahmad.



Sebanyak 30 orang anak yatim daripada ketiga-tiga rumah kebajikan terlibat turut diraikan dalam majlis ini. Mereka menerima duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Puan Lim Hui Ying.
Majlis penuh kemeriahan ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi Anggota Lembaga HASiL, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican; Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), YBrs. Dato’ Sri Norliza Abdul Rahim serta barisan anggota HASiL.
Usaha murni ini mencerminkan tekad HASiL untuk bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab fiskal negara, malah turut berperanan aktif dalam membina masyarakat yang penyayang dan inklusif.