Diterbitkan pada 16 April 2025, 19:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pauh – Program HASiL Your Tax Buddy (HYTB) 2025 @ IPT telah diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran cukai dalam kalangan mahasiswa terhadap tanggungjawab cukai serta peranan penting mereka dalam menyumbang kepada kemajuan negara.

Program ini dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan kerjasama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Kampus PTSS, Pauh, Perlis.

Program yang bertemakan “Edutainment” ini berjaya menarik penyertaan seramai 100 orang pelajar diploma daripada pelbagai fakulti. Melalui gabungan elemen pendidikan dan hiburan, program ini direka untuk menyampaikan maklumat percukaian secara lebih santai dan interaktif.

Para pelajar dari PTSS yang menyertai program ini.

Antara pengisian utama program ini termasuklah HASiL Pocket Talk, iaitu sesi perkongsian santai berkaitan dengan asas percukaian; HASiL Taxplorace, iaitu aktiviti cabaran berkumpulan yang menggabungkan permainan dan kuiz interaktif bertemakan cukai; dan pelantikan dua orang pelajar sebagai Duta HYTB 2025 bagi mempromosikan kesedaran cukai dalam kalangan rakan sebaya di institut pengajian tinggi (IPT).

Dalam ucapan perasmian, Pengarah HASiL Perlis, YBrs. Encik Akmal Mat Said berkata, program ini merupakan satu daripada inisiatif strategik HASiL yang menekankan kepentingan pendidikan awal tentang cukai kepada generasi muda. Usaha ini juga diharapkan dapat memupuk kesedaran dan meningkatkan tahap pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat pada masa akan datang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik, PTSS, YBrs. Dr. Isyati Suparman merakamkan penghargaan kepada pihak HASiL atas pemilihan PTSS sebagai tuan rumah program ini. Beliau turut menzahirkan harapan agar para pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk memperkukuh keyakinan diri dalam menghadapi dunia kerjaya kelak.

Program ini juga dapat memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dengan institusi pengajian tinggi dalam memperluas literasi cukai serta melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab dari segi fiskal demi kemajuan negara secara menyeluruh.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  • Pusat Hubungan HASiL (HCC) melalui talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara);
  • Sembang Langsung HASiL; dan
  • Borang Maklum Balas menerusi portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi