Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuantan – Bank Islam Malaysia Berhad telah memperkenalkan produk baharu, iaitu iGain yang dapat memberikan pulangan keuntungan kepada usahawan.
Pengenalan produk baharu ini bagi menggalakkan usahawan beralih daripada akaun peribadi kepada Akaun Semasa Perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan.
Ujar Encik Mohd Noor Ashikin, Pengurus Deposit SME Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB),
iGain memberikan Perkongsian Keuntungan kepada usahawan berdasarkan baki semasa pada setiap hari dan jumlah terkumpul akan dibayar pada setiap bulan. Selain dapat meneruskan penggunaan aplikasi perbankan secara atas talian, para usahawan juga mendapat manfaat daripada keuntungan yang dikongsi oleh bank kepada mereka.
Beliau juga turut menggalakkan para usahawan untuk membuka akaun iGain dan menjadikannya sebagai satu peluang pelaburan selain sebagai medium transaksi perniagaan dan berharap agar lebih ramai usahawan terdedah dengan peluang yang disediakan ini.
Jelas beliau lagi,
Saya juga berharap agar Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) melalui Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan akan membantu menyebarluaskan lagi inisiatif ini kepada para usahawan khususnya di negeri Pahang agar lebih ramai yang mendapat manfaatnya.
Yang turut hadir dalam pertemuan ini ialah Encik Muhammad Jabrul Akmal bin Mat Yahya, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan PKNP, dan Puan Safawani Elsa binti Abdullah dari BIMB.