9 Januari 2024, 16:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Sabah bakal menerima pakai sepenuhnya revolusi teknologi hijau keluli bernilai RM20 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Demikian penjelasan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor menjelaskan bahawa pelaburan dalam produk berasaskan teknologi hijau bukan sahaja sejajar dengan matlamat kemampanan global, tetapi juga memberikan manfaat kepada pasaran yang sedang berkembang pesat untuk penyelesaian mesra alam.

Sabah juga mengalu-alukan pelaburan dalam produk yang memanfaatkan tenaga boleh  baharu, penambahbaikan pengurusan sisa dan menggalakkan penyelesaian yang mampan,” jelasnya dalam satu kenyataan sempena Majlis Pertukaran Perjanjian Induk di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Perjanjian induk ini melibatkan pembekal dan pengedar gas asli milik kerajaan negeri, iaitu Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) dan Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. (Esteel Sabah) bagi pembekalan150 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) gas asli. Pada majlis itu, SEC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzmir Abd Rahman, manakala Esteel Sabah pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Xu Yihang.

Melalui perjanjian tersebut SEC akan membekalkan 100 juta mmscfd  gas asli kepada kilang pembuatan keluli Esteel Sabah dan tambahan mmscfd untuk penjanaan kuasa loji itu dalam tempoh akan datang.

Sementara itu, Datuk Seri Hajiji menyatakan bahawa dalam Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) di Shenzhen, China pada bulan November yang lalu, Sabah telah mengenal pasti beberapa industri utama yang tidak hanya menjanjikan pulangan besar terhadap pelaburan, tetapi juga memberikan sumbangan terhadap masa depan yang lebih mampan dan sejahtera. Hal ini Hal ini bahawa mencerminkan keyakinan Sabah terhadap projek keluli yang berwawasan hijau dan merupakan salah satu pelaburan yang merangkumi asas pertumbuhan ekonomi dan strategi pertumbuhan negeri.

Menurut beliau, sumbangan penting SEC dalam projek ini menyerlahkan peranan pentingnya bagi mempromosikan inisiatif mampan dan memupuk pembangunan wilayah. Projek hijau berkenaan membabitkan tiga fasa yang memilih gas asli sebagai agen pengurangan berbanding dengan kok dan arang batu yang dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 70 peratus dan menjadikannya rendah karbon, cekap dan mesra alam.

Perbelanjaan bagi projek ini dianggarkan sebanyak USD 1.93 bilion pada fasa satu yang dijangka bermula pada tahun ini dan dijangka siap menjelang tahun 2026 dengan jangkaan dapat mewujudkan kira-kira 2795 peluang pekerjaan semasa fasa operasinya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.