13 Mei 2024, 11:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan LAKU Management Sdn. Bhd. (LAKU) yang telah berlangsung di Pullman Hotel Kuching, Sarawak.

Majlis penandatanganan MoU yang diwakili oleh pengurusan tertinggi kedua-dua pihak diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dan YBrs. IR. TS. Daneil Punang, Ketua Pegawai Eksekutif LAKU.

Inisiatif yang diambil oleh HASiL dan LAKU ini dilihat sebagai satu permulaan kesalinghubungan yang baik antara agensi dalam perkongsian maklumat bagi meningkatkan kualiti dan sistem perkhidmatan pada masa hadapan.

YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin dalam ucapannya menyatakan bahawa HASiL menyambut baik kerjasama ini kerana memberi nilai tambah kepada usaha pengiktirafan kerjasama strategik kedua-dua agensi dalam perkongsian maklumat, peningkatan produktiviti serta dapat memberikan impak positif kepada ekosistem percukaian khasnya di Negeri Sarawak.

Sementara itu, YBrs. IR. TS. Daneil Punang, Ketua Pegawai Eksekutif LAKU merakamkan penghargaan atas penganjuran majlis bersejarah ini dan LAKU memberikan kerjasama sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat MoU yang dimeterai ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Hisham bin Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBrs. Tuan Effendi bin Taher, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi, LAKU, YBrs. Encik Vijayen A/L Nagalingham, Pengarah HASiL Negeri Sarawak, Encik Kamarudzaman bin Bahrin, Pengarah Jabatan Perisikan dan Profiling serta barisan pengurusan kanan kedua-dua agensi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.