10 Mei 2024, 15:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malvus Sense Sdn. Bhd. dan Chengdu JOUAV Automation Tech Co. Ltd. telah mengumumkan kerjasama strategik dengan menggabungkan kemahiran syarikat yang menyediakan perkhidmatan berasaskan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dan pengeluar UAV yang berpengkalan di Chengdu, China bagi menyediakan dan menawarkan perkhidmatan kepada pengguna serta industri berkaitan dengan UAV di Malaysia.

Malvus Sense memainkan peranan sebagai rakan kongsi yang akan mengendalikan penyelenggaraan dan perkhidmatan integrasi sensor untuk JOUAV. Malvus Sense bertanggungjawab menubuhkan “advanced integration line” di pusat operasinya yang terletak di Nilai.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif Malvus Sense Sdn Bhd, Dr. Syed Omar Syed Mohamad dan Pengarah Pemasaran Asia Pacific, Janet Peng yang mewakili OUAV Automation Tech Co. Ltd.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat MoU antara Malvus Sense Sdn. Bhd. dan Chengdu JOUAV Automation Tech Co. Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutif Malvus Sense Sdn Bhd, Dr. Syed Omar Syed Mohamad berkata, “Kami sangat teruja untuk mengumumkan perkongsian strategik ini dengan JOUAV, rakan kongsi jangka panjang kami dalam industri.

Kerjasama ini mewakili langkah penting ke hadapan dalam misi kami untuk menyampaikan perkhidmatan UAV yang inovatif kepada pelanggan kami bersama-sama, kami akan memanfaatkan kekuatan gabungan kami untuk menetapkan tanda aras piawaian kecemerlangan terkini dalam industri, selaras dengan aspirasi kerajaan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Teknologi Drone Malaysia 2030 (MDTAP30).”

Beliau memaklumkan kepada Tuanku Raja Muda Perlis bahawa Malvus Sense juga akan memanfaatkan kepakaran kejuruteraan mereka yang bertauliah dan alat ganti tulen bagi menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan yang komprehensif untuk pelbagai model UAV, memastikan keperluan penyelenggaraan, dan proses pembaikan dan operasi (MRO) yang cepat kepada pelanggan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.