17 November 2023, 23:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Sebagai inisiatif keprihatinan, tanda solidariti dan semangat kemanusiaan dalam kalangan penjawat awam terhadap perjuangan rakyat Palestin, Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada 24 Oktober 2023 yang lalu oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) turut mengambil peluang untuk menyertai kempen yang berlangsung dan tabung sumbangan telah dibuka kepada Team HASiL mulai 30 Oktober 2023 hingga 10 November 2023. Jumlah sumbangan keseluruhan yang telah berjaya dikumpul daripada Team HASiL seluruh negara untuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestine (AAKRP) adalah sebanyak RM315,000.00.

Penyerahan replika cek sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL kepada wakil pihak Kementerian Luar Negeri (KLN), iaitu Encik Jeremiah Oliver Jitos pada 17 November 2023 bertempat di Menara Hasil, Cyberjaya. Wakil KLN yang turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Ahmad Shazril Suhaimi dan Encik Imran Lutfi Azhahari Kamal serta pegawai kanan HASiL. Sumbangan ikhlas Team HASiL ini adalah merupakan manifestasi sokongan dan solidariti HASiL bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam usaha membantu misi kemanusiaan sekali gus memupuk semangat Malaysia MADANI yang menyokong keamanan sejagat.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

  1. a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
  2. b) HASiL Live Chat; dan
  3. c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.