13 Oktober 2023, 22:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri ketika pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024.

“Pada tahun 2022, trend menunjukkan bahawa sebanyak 10% pelanggan dengan penggunaan elektrik tertinggi menikmati 50% subsidi, sedangkan 50% pelanggan dengan penggunaan elektrik terendah hanya menikmati 10% subsidi yang diberikan,” jelasnya dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar dengan melepaskan sebahagian subsidi bagi 10% penggunaan tertinggi dan pada masa yang sama mengekalkan subsidi yang sama bagi 90% penggunaan bermula tahun ini.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi elektrik sebanyak RM16 bilion bagi tahun 2023 khususnya kepada pengguna di rumah serta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS). YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa pendekatan bersasar ini mampu menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik sebanyak RM20 bilion.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.