Oleh Ritah Yahaya
24 Jun 2022, 10:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Inspirasi di sebalik “SEPULUH” merupakan pencapaian kegemilangan Safee Sali ketika Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, dan seterusnya memperoleh Kasut Emas bagi kejayaannya sebagai penjaring terbanyak pada tahun pertandingan tersebut. Ilustrasi NFT tersebut menggunakan gambaran ikonik yang masih kekal sebagai satu pencapaian terbesarnya di pentas antarabangsa untuk Malaysia.

“Visi saya untuk ‘SEPULUH’ bertujuan mengimbau kenangan terindah saya memakai jersi Harimau Malaya melalui seni digital dan membolehkan peminat memiliki sekeping cerita saya sebagai koleksi. Peminat saya  memberikan sokongan sepanjang kerjaya saya dan ‘SEPULUH’ NFT membuka pintu untuk mengeratkan hubungan saya bersama-sama mereka” kata Safee Sali.

Pelancaran “SEPULUH” NFT  merupakan projek sulung dan cetusan idea Prime Sports NFT, pelopor dalam industri yang bertujuan menyilangkan dunia sukan, seni dan budaya. Bekerja secara kolaboratif dengan pelbagai atlet, artis dan rakan kongsi di rantau ini, Prime Sports NFT memainkan peranan penting dalam strategi, idea dan memupuk proses kreatif dalam pelancaran projek tersebut bersama-sama Safee. Selain itu, projek “SEPULUH” NFT ini juga dalam perkongsian bersama-sama Professional Footballers Association of Malaysia  (PFAM), dan sebahagian daripada hasil jualan NFT tersebut akan disalurkan kepada dana pembangunan pemain bola sepak profesional di Malaysia.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!