27 Mei 2022, 16:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – GDEX Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.9 juta berbanding dengan keuntungan bersih RM5.58 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya. Pendapatan juga susut 13.2% kepada RM91.9 juta daripada RM105.81 juta bagi tempoh yang sama tahun kewangan 2021.

Hal ini berikutan pendapatan daripada segmen perkhidmatan kurier lebih rendah pada suku berkenaan yang berjumlah RM82.4 juta dan susut sebanyak 14.6%. Segmen tersebut mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM3.2 juta berbanding dengan sebelum cukai RM6.9 juta bagi tahun sebelumnya. Hal ini disebabkan persaingan harga yang sengit, selain penyertaan pemain baharu dan juga kos operasi yang lebih tinggi.

Sementara itu, pendapatan dan keuntungan sebelum cukai bagi segmen perkhidmatan logistik kekal kukuh dengan masing-masing meningkat 2.0% dan 62.7% kepada RM9.5 juta dan RM1.5 juta berikutan dengan kecekapan operasi yang lebih baik dalam aktiviti logistik. Segmen pelaburan hartanah pula mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak
RM774 000 disebabkan kos penyelenggaraan yang ditanggung dan pengelasan semula pelaburan kepada hartanah, loji dan peralatan.
Pengarah Urusan GDEX, Teong Teck Lean menyatakan bahawa walaupun mengekalkan kedudukan yang kukuh secara keseluruhan di tiga pasaran utama Asia Tenggara, tetapi kumpulan akan terus menghadapi ketidaktentuan di Malaysia yang berpunca daripada harga yang kompetitif berikutan dengan penyertaan pemain baharu dalam pasaran dan kos operasi yang lebih tinggi. Tambah beliau, kumpulan akan terus melabur dalam modal insan dan mengembangkan penawaran produknya melalui platform digital dan mengukuhkan infrastruktur teknologi maklumat serta rangkaian penyampaian intra-ASEAN.
Kumpulan akan meneroka peluang perniagaan yang berpotensi pada peringkat domestik dan serantau untuk meningkatkan ekosistemnya bagi rancangan pengembangan perniagaan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.