21 Mei 2022, 08:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Berang – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid menyatakan bahawa program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan jualan sebanyak RM54.55 juta sejak dilancarkan pada 2 Disember 2021. Beliau menyatakan bahawa transaksi jual beli itu ialah hasil penganjuran PJKM di 1702 lokasi di seluruh negara yang direkodkan setakat semalam.

“Hampir 2.8 juta pengunjung telah hadir membeli barangan keperluan di PJKM sepanjang tempoh itu membuktikan program ini berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu meringankan beban kos sara hidup terutama buat golongan berpendapatan rendah (B40) di negara ini.” Hingga kini, sebanyak 240 rakan strategik telah mengambil bahagian melaksanakan program PJKM di seluruh negara yang menawarkan harga keperluan asas lebih rendah hingga 30% berbanding harga biasa.

Antara barang yang dijual ialah beras, telur, ayam, ikan, sayur-sayuran, beras, tepung, susu, dan minyak masak melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sektor peruncitan.
Tambah beliau, “Walaupun PJKM akan tamat pada Jun ini, keluhan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang akan tetap mendapat pembelaan kerajaan melalui penubuhan Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) dan Jawatankuasa Keselamatan Makanan.
“KPDNHEP bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) agar harga barangan keperluan mampu dibeli rakyat dengan harga berpatutan.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.