Diterbitkan pada 16 Jun 2026, 08:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur — CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) melancarkan kempen jenama baharu, “Memajukan Anda ke Hadapan” sebagai langkah memperkukuh komitmennya membantu pelanggan, perniagaan dan komuniti di seluruh ASEAN mencapai kemajuan yang lebih mampan.

Kempen tersebut mencerminkan evolusi jenama CIMB yang berteraskan tujuan untuk memajukan pelanggan dan masyarakat melalui akses kepada peluang, sokongan kewangan, serta penyelesaian yang dapat membantu mereka mencapai matlamat jangka masa panjang.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB, Toni Darusman berkata, kempen itu menyatukan hala tuju, budaya dan pengalaman pelanggan CIMB di seluruh pasaran ASEAN di bawah satu identiti jenama yang konsisten.

Menurut beliau, CIMB berhasrat menjadi institusi kewangan yang membantu merealisasikan aspirasi masyarakat dan perniagaan selaras dengan kepercayaan bahawa kemajuan yang bermakna berlaku apabila komuniti dan ekonomi berkembang bersama.

Pelancaran kempen tersebut turut disertai penganjuran “CIMB Advancing Societies 2026 – Recognizing Impactful Partners” yang mengiktiraf sumbangan 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan rakan komuniti dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina yang berjaya mewujudkan impak sosial dalam bidang pendidikan, pembangunan ekonomi, kesejahteraan komuniti, alam sekitar dan rangkuman sosial.

Pada majlis yang berlangsung semalam, CIMB mengulangi komitmennya untuk memperuntukkan RM200 juta bagi tempoh 2026 hingga 2030 bagi menyokong pelbagai inisiatif pembangunan masyarakat di rantau ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB dan CIMB Islamic, YBrs. Encik Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, peruntukan tersebut bertujuan memperkukuh kapasiti komuniti dan meningkatkan daya tahan sosial serta ekonomi melalui program yang memberi impak jangka masa panjang.

Yang turut hadir dalam majlis berkenaan ialah jaguh berbasikal trek negara, YBhg. Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang yang menerima pengiktirafan Kita bagi Jadi Hero CIMB atas sumbangan dan peranannya sebagai Duta Jenama CIMB.

Kredit Foto: CIMB
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi