13 Mei 2022, 09:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Celcom Axiata Bhd (Celcom) menyasarkan untuk meningkatkan liputan dan kapasiti 4G LTE masing-masing hingga 92% di Sarawak dan 85% di Sabah menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi (Teknologi) Celcom, Afizulazha Abdullah menyatakan bahawa peningkatan tersebut akan membolehkan pengguna di Sabah dan Sarawak mendapat liputan 4G LTE yang lebih baik. “Kami amat komited dengan pembangunan liputan serta rangkaian di Sabah dan Sarawak. Malah kedua-dua negeri tersebut amat penting untuk Celcom dan berharap pengguna di sana dapat menikmati liputan 4G yang lebih baik.” 
Pada April lepas, Celcom telah mengumumkan peruntukan lebih RM200 juta bagi penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak pada tahun 2022 yang meliputi kerja peningkatan liputan dan kapasiti 4G LTE, Rangkaian Teras Celcom serta pelaburan bagi liputan fiber untuk Celcom Timur Sdn Bhd (CTSB). Mengulas perancangan Celcom, syarikat telekomunikasi itu telah menggunakan teknologi menyeluruh seperti ‘multiple-output’ (MIMO) yang dapat mengurangkan kesesakan trafik dan membolehkan lebih ramai pengguna memanfaatkan perkhidmatan Celcom tanpa sebarang gangguan.
Selain itu, beliau turut menambah penggunaan perkhidmatan telekomunikasi turut meningkat hingga 60% sewaktu pandemik COVID-19 yang bermula pada tahun 2020 apabila penggunaan data bertambah kepada 30 gigabit (GB) sebulan berbanding 20GB sebulan sebelum pandemik.
Celcom turut menjangkakan penggunaan data tersebut akan terus meningkat walaupun negara kini berada dalam fasa peralihan endemik.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!