5 Mei 2022, 08:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Perang Rusia-Ukraine dan varian Omicron COVID-19 terus menjejaskan kargo udara dengan permintaan global diukur dalam kargo tan kilometer (CTK) turun sebanyak 5.2% pada Mac 2022 berbanding bulan yang sama tahun lepas. Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan bahawa kapasiti kargo udara berada pada 1.2% di atas paras Mac 2021 dengan memetik data bulan Mac 2022 bagi pasaran kargo udara global.

“Walapun data itu menunjukkan angka yang positif, namun trend itu merupakan kejatuhan ketara berbanding debnngan 11.2% tahun ke tahun pada bulan Februari 2022 dengan Asia dan Eropah mencatatkan penurunan terbesar dalam kapasiti.” Syarikat penerbangan Asia Pasifik mencatatkan penurunan kuantiti kargo udara sebanyak 5.1% pada Mac 2022 berbanding bulan yang sama pada 2021, manakala kapasiti yang tersedia di rantau itu susut sebanyak 6.4% berbanding Mac 2021 yang menyaksikan penurunan terbesar dalam kalangan semua rantau. “Dasar sifar-COVID di tanah besar China dan Hong Kong memberi kesan kepada prestasi.”

Menyedari bahawa pasaran kargo udara bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi global, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh menyatakan bahawa persekitaran dagangan menjadi lebih teruk. “Kombinasi perang di Ukraine dan penularan varian Omicron di Asia telah menyebabkan kenaikan kos tenaga, memburukkan gangguan rantaian bekalan dan membawa tekanan inflasi. “Oleh itu, berbanding dengan setahun lalu, semakin sedikit barangan dihantar termasuk menerusi pengangkutan udara.”
Beliau menambah keamanan di Ukraine dan peralihan dasar COVID-19 di China akan banyak membantu mengurangkan ketidaktentuan industri. “Namun memandangkan kedua-duanya dijangka tidak berakhir dalam tempoh terdekat ini, kami menjangkakan peningkatan cabaran bagi kargo udara ketika pasaran penumpang mempercepat pemulihan mereka.”
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!