29 April 2022, 08:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM298.0 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022, daripada RM334.0 juta, dengan pertumbuhan kukuh dalam segmen gentian dan perusahaan serta pelaburan yang lebih tinggi dalam perniagaan mudah alih.
Hasilnya telah meningkat kepada RM2.41 bilion pada suku pertama berbanding RM2.24 bilion tahun ke tahun, disumbangkan oleh hasil yang lebih tinggi dalam perkhidmatan, perniagaan pengguna serta segmen perusahaan. Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut menyatakan bahawa prestasi berdaya tahan kumpulan telekomunikasi itu jelas menunjukkan bahawa strategi konvergennya berada di landasan yang betul. “Keutamaan kami adalah untuk terus menyampaikan rangkaian konvergen yang hebat dengan pengalaman peribadi yang tiada tandingan merentas semua saluran untuk pelanggan kami. Kami komited untuk membina dan menghubungkan komuniti bagi masa depan digital negara.” 

Maxis menyatakan bahawa perbelanjaan modal bagi suku tersebut berjumlah RM171 juta, meningkat 25.7% tahun ke tahun apabila kumpulan itu terus melabur dengan banyak dalam mengukuhkan akses dan platformnya di mana-mana sahaja untuk menyampaikan penyelesaian perusahaan serta kapasiti pengimbangan semula. Sementara itu, aliran tunai bebas operasi, yang dinormalisasi untuk Pemberian Perkhidmatan Sejagat RM185 juta, kekal teguh pada RM669 juta, meningkat 11.3% tahun ke tahun yang didorong oleh tumpuan yang kuat pada inisiatif modal kerja dan pengurusan aliran tunai.

Maxis turut menambah syarikat itu telah mencapai sasaran komersial untuk JENDELA pada suku pertama 2022, mempercepatkan kapasiti untuk mudah alih dan tetap, dengan 12 tapak baharu, 609 dinaik taraf dan memperluaskan jejak gentian kepada 3000 premis yang diluluskan. Maxis akan memantau dan menilai dengan teliti kesan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd, pelancaran komersial 5G dan COVID-19.
Maxis mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5 sen bersih sesaham untuk suku tersebut.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.