18 April 2022, 09:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Beijing – ASEAN kembali menjadi rakan dagang terbesar China apabila jumlah import dan eksport kedua-dua pihak direkod sebanyak RMB1.35 trilion (RM890 bilion) pada suku pertama 2022. Menurut data terkini Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GACC), angka itu menokok 8.4% berbanding tempoh sama tahun lepas, selain turut menyumbang 14.4% kepada keseluruhan dagangan luar China.
Jurucakapnya, Li Kuiwen menyatakan bahawa penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkatkan lagi hubungan perdagangan China-ASEAN.  Jelasnya lagi,  jumlah import dan eksport kedua-dua pihak menyumbang sebanyak 47.2% daripada skala dagangan luar China dengan rakan dagang RCEP pada suku tahun pertama. Sementara itu, faktor kesalinghubungan juga menjadi dorongan kuat terhadap perdagangan China-ASEAN.

Dalam tempoh itu, laluan baharu darat dan laut yang menghubungkan bahagian barat China dan negara-negara ASEAN telah mengendalikan 170 000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena menerusi perkhidmatan kereta api, bertambah sebanyak 56.5%. Pemulihan rantaian perindustrian ASEAN, peningkatan import produk pertanian dari ASEAN ke China dan pelbagai faktor lain turut memacu pertumbuhan dagangan membabitkan produk perantara kedua-dua pihak.
Pada Januari hingga Februari, Kesatuan Eropah (EU) mendahului ASEAN sebagai rakan dagang terbesar China dengan jurang kira-kira RMB3 bilion (RM1.97 bilion).
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.