13 April 2022, 08:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,  Datuk Zuraida Kamaruddin menyatakan bahawa Malaysia mempunyai bekalan minyak sawit yang mencukupi untuk permintaan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).
Beliau menambah transaksi rentas sempadan untuk Malaysia membekalkan minyak sawit kepada AS dan EU sudah bermula pada masa ini.
“Perang Ukraine-Rusia menyebabkan kekurangan bekalan minyak makan lain seperti minyak soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari. “Kini AS dan EU tidak ada pilihan tapi berpatah balik untuk guna minyak sawit.”  Menurut Zuraida permintaan kembali minyak sawit merupakan peluang untuk Malaysia membuktikan kebaikan produk itu yang sebelum ini menghadapi tekanan dan propaganda prejudis.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa satu jawatankuasa khas akan bermesyuarat setiap hari mulai 15 April ini untuk menyegerakan kelulusan 500 000 pekerja asing dalam pelbagai sektor termasuk perladangan, yang tertunggak sebelum ini. Menurut Zuraida, beliau akan ke Mesir dan Qatar pada Sabtu (16 April) ini untuk mempromosi pelbagai agrokomoditi Malaysia termasuk sawit, getah dan balak. “Prestasi Malaysia di Qatar dan Mesir meningkat 50% dan ia merupakan petanda yang baik,”
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!