10 April 2022, 08:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Usaha untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad perlu diteliti dengan menilai kos untuk menyelamatkan syarikat tersebut serta faedah yang bakal diperoleh. Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak menyatakan bahawa langkah itu perlu dibuat sekiranya terdapat hasrat pihak tertentu mahu pun kerajaan untuk menyelamatkan syarikat gergasi bumiputera itu.
“Kita perlu teliti situasi kewangan dia dan kita tengok apakah harga untuk menyelamatkan Sapura serta apa faedahnya sebelum kita buat sesuatu keputusan.

“Saya sedih melihat situasi di syarikat Sapura ini yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas terbesar di dunia dan juga milik bumiputera.” Beliau menyatakan bahawa pihaknya sendiri masih tidak jelas berhubung status kewangan syarikat berkenaan.
Menurutnya lagi, wujud pendapat sesetengah pihak yang menggesa kerajaan untuk menyelamatkan syarikat terbabit namun ada juga yang berfikiran sebaliknya.
Saham Sapura Energy ditutup setengah sen atau 14.29 peratus lebih tinggi pada empat sen pada 18 Mac 2022, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM559.27 juta.
Sebelum ini gesaan agar kerajaan membantu SEB menyelesaikan masalah aliran tunai demi memelihara kepentingan strategik negara turut disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!