1 April 2022, 07:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Sekitar dua juta belia bakal menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang menerusi inisiatif e-Pemula yang akan bermula pertengahan April ini.
Kementerian Kewangan memaklumkan belia yang layak bakal menerima manfaat itu melalui aplikasi e-dompet yang terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
“Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta,” menurut kenyataan itu. Peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang belum berdaftar untuk menerima bayaran secara elektronik atau tanpa tunai disaran berbuat demikian dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat bagi mendapatkan manfaat daripada pelaksanaan inisiatif itu.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.