18 Mac 2022, 08:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ericsson Malaysia Sdn Bhd menyambut baik keputusan kerajaan berhubung rangkaian 5G dan yakin memberi kepastian bagi membolehkan semua pihak terbabit dalam projek 5G Malaysia meneruskan usaha masing-masing dengan lebih jelas.

“Kami kekal komited untuk menyampaikan pengalaman 5G bertaraf dunia selain merapatkan jurang digital menerusi kerjasama dengan Digital Nasional Bhd (DNB) serta ekosistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih luas untuk rakyat Malaysia.”

Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) dan turut membuka ruang kepada syarikat telekomunikasi memegang sehingga 70% ekuiti dalam DNB. Kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM11 bilion kepada Ericsson yang juga firma Sweden, bagi mereka bentuk dan membangunkan rangkaian telekomunikasi 5G Malaysia.

Dalam sidang media bersama semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa model SWN yang diterajui oleh DNB  berdasarkan “pemulihan kos” dan “berpandukan penawaran” dengan penyertaan ekuiti oleh syarikat telekomunikasi dan disifatkan sebagai penyelesaian terbaik bagi mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G dengan objektif untuk menggalakkan rakyat menggunakan 5G.

Menurut Tengku Zafrul, penyertaan syarikat telekomunikasi dalam DNB akan membolehkan mereka untuk turut sama terlibat dalam pelaksanaan rangkaian 5G negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.