17 Mac 2022, 08:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Arab Saudi dilapor sedang berbincang dengan China untuk melaksanakan transaksi jualan minyak menggunakan mata wang Yuan. Jika keadaan ini berlaku, situasi itu dijangka menjejaskan dominasi dolar AS dalam transaksi minyak dunia.

Menurut laporan Wall Street Journal yang memetik sumber, jika situasi itu berlaku, sebahagian besar transaksi minyak dunia akan bertukar mata wang melibatkan negara pengeluar minyak terbesar dan negara pengimport minyak terbesar dunia. Sekitar 80% jualan minyak global menggunakan dolar AS dan Arab Saudi sudah menggunakan mata wang itu sejak tahun 1974.

Justeru jika persetujuan dicapai, situasi itu bakal meningkatkan pengaruh Yuan pada peringkat antarabangsa sekaligus membawa Beijing ke hadapan dalam mencabar Amerika Syarikat melibatkan pasaran kewangan. Hubungan Arab Saudi dan Amerika Syarikat mula renggang selepas  kepimpinan  AS di bawah Joe Biden enggan melakukan lebih banyak usaha berkaitan perang saudara di yaman.

Pada tahun 2020, Biden pernah menyifatkan Arab Saudi sebagai bukan negara sekutu sebaliknya hanya negara rakan kongsi. Hubungan dingin itu lebih terserlah apabila Putera Mahkota Putra Mohammed bin Salman enggan menerima panggilan telefon Biden yang mahu berbincang soal meningkatkan bekalan minyak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.