Oleh Ritah Yahaya
15 Mac 2022, 15:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia atau Department Of Veterinary Services Malaysia (DVS) bersama-sama Department of Livestock Development Thailand (DLD) telah mencapai persetujuan mengenai beberapa langkah pengawalan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) melibatkan pengimportan lembu dan kerbau.

Sehubungan dengan itu, DVS mengumumkan penarikan balik larangan import lembu dan kerbau dari negara Thai berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan ini dibuat setelah beberapa penambahbaikan dalam peraturan dan prosedur import dilakukan. Keputusan ini juga turut mengambil kira beberapa langkah mitigasi yang boleh diambil dalam negara bagi mengawal penyakit LSD.

Sehubungan dengan itu, DVS ingin memohon semua pemain industri (pengimport, peraih dan penternak) memberikan kerjasama dengan memastikan pembelian ternakan dari negara Thailand dibuat melalui pembekal ternakan yang sah danberdaftar dengan DLD. Hal ini bertujuan memastikan segala prosedur dalam pengawalan penyakit LSD dapat dipatuhi dan mengelakkan daripada ternakan berpenyakit masuk ke Malaysia.

Dalam hal yang sama, dijangkakan bekalan ternakan lembu dan kerbau untuk keperluan penyembelihan hari raya tidak terganggu dan mencukupi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.