15 Mac 2022, 09:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pelabur asing dan runcit membeli bersih ekuiti bagi minggu berakhir 11 Mac dengan mencatat aliran masuk sebanyak RM896.5 juta. Bagaimanapun, aliran masuk asing bagi minggu tersebut pula berjumlah RM649 juta, lebih rendah berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak RM1.08 bilion.

Menurut laporan aliran dana mingguan MIDF Research,¬† pelabur runcit dan asing masing-masing membeli RM57.8 juta dan RM142.6 juta ekuiti tempatan. “Pelabur institusi tempatan pula memulakan minggu tersebut dengan menjual ekuiti sebanyak RM200.4 juta,” katanya dalam laporan itu hari ini. Berdasarkan laporan tersebut, pelabur asing membeli ekuiti setiap minggu sejak sebulan lalu mulai 7 Februari, menjadikan¬† 25 hari berturut-turut tanpa gangguan.

Aliran masuk asing paling tinggi direkodkan pada Khamis minggu lalu sebanyak RM172.6 juta dan terendah pada Selasa sebanyak RM76.36 juta. Pelabur institusi tempatan pula menjual ekuiti sejak 4 Februari lalu, dengan aliran keluar minggu paling tinggi direkodkan pada Rabu sebanyak RM223.7 juta manakala paling rendah, RM84.49 juta.

Sementara itu, pelabur runcit membeli ekuiti setiap hari minggu lalu kecuali Jumaat sebanyak RM32.5 juta. Pembelian ekuiti paling tinggi direkodkan pada Selasa sebanyak RM121.7 juta manakala paling rendah pada Khamis sebanyak RM17.21 juta.

“Secara keseluruhan, bagi minggu kesepuluh tahun ini, pelabur asing membeli RM649.1 juta ekuiti diikuti pelabur runcit, RM247.4 juta manakala pelabur institusi tempatan menjual RM896.5 juta.” Dari segi penyertaan pelabur menyaksikan pelabur runcit, institusi tempatan dan asing masing-masing mencatat pergerakan nilai purata dagangan sebanyak +8.09%, -2.09% dan -14.3%. “Bagi asas tahun ke tahun, kami mendapati sebanyak RM4.41 bilion aliran masuk daripada pelabur asing manakala RM630 juta daripada pelabur runcit. “Pelabur institusi tempatan pula satu-satunya penjual bersih ekuiti tempatan sebanyak RM5.04 bilion,” jelas laporan tersebut.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!