14 Mac 2022, 08:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Nerang – Harga minyak sawit mentah  dijangka meneruskan kenaikan sekurang-kurangnya sehingga suku ketiga tahun ini dan diunjur mencapai sehingga paras RM9300 satu tan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menyatakan bahawa angka itu mampu dicapai berdasarkan perkembangan dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia. “Kalau ikut Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah, memang akan cecah sampai RM9300 satu tan. Sekarang sampai Jun kita rasa trend peningkatan harga sawit ini akan berterusan sehingga ke suku ketiga tahun ini.

“Paling cepat kenaikan itu mencapai paras RM9300 pada suku ketiga, kalau tidak mungkin boleh berlanjutan sampai hujung tahun,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pemprosesan Getah Krip dan Projek Transformasi Perusahaan Getah (TARGET). Beliau diminta mengulas trend kenaikan harga minyak sawit mentah yang sebelum ini dilaporkan melonjak melebihi RM8000 pada awal bulan lalu dan kini berada pada paras RM7546 satu tan setakat Khamis lalu.

Zuraida berkata kenaikan harga itu sememangnya memberikan keuntungan kepada peladang dan kerajaan, namun mungkin memberi kesan kepada peningkatan harga produk berkaitan minyak sawit yang digunakan pengguna. “Tapi bagaimana pun kita tetap beri subsidi iaitu sebanyak 20% daripada minyak sawit mentah kita, jadi tidak menjadi isu (walaupun harga minyak sawit mentah melonjak),” katanya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.