Oleh Ritah Yahaya
11 Mac 2022, 16:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

(GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang membantu membina asas pembangunan sosioekonomi Malaysia selama hampir lima dekad, hari ini menzahirkan komitmen untuk terus menyokong usaha kerajaan bagi mempercepat pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara pasca-COVID-19.

Komitmen ini dizahirkan bersempena dengan Hari Terbuka GLC (11 Mac hingga 13 Mac 2022) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, disaksikan oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat (YB) Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

Menerusi mandat masing-masing, setiap GLIC dan GLC komited untuk memainkan peranan dalam memastikan keberhasilan dan impak positif melalui langkah-langkah bagi memastikan kemakmuran sosio-ekonomi Keluarga Malaysia dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.

Menurut Tengku Zafrul “Pandemik COVID-19 mengubah hidup dan cara kita beroperasi secara total, samada pada peringkat individu mahupun perniagaan; menyerlahkan pelbagai kelemahan yang telah lama bertapak  dalam struktur sosioekonomi kita. Sehubungan itu, dalam usaha kita untuk terus menambah baik ekosistem GLC ini, kita juga harus mengambil kesempatan ini untuk memperkasakan GLIC dan GLC bagi membantu Kerajaan menangani isu-isu struktur tersebut. Dengan pendekatan ini, kita bukan sahaja akan mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, tetapi juga mampu membina sebuah ekonomi yang berdaya tahan dan lestari.”

Setakat ini, ekosistem GLC dan GLIC merangkumi kira-kira RM445 bilion atau 25% permodalan pasaran Bursa Malaysia, memberikan pekerjaan langsung kepada 500 000 rakyat dan merupakan antara penyumbang terpenting dalam rantaian bekalan negara.

Bertemakan “Aspirasi Masyarakat Inspirasi Negara”, usaha yang diutamakan oleh GLC dan GLIC adalah berpaksikan kepada lima (5) fokus utama iaitu:

  1. Rakyat: GLIC/GLC komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan dalam menggiatkan usaha untuk memulih kehidupan Keluarga Malaysia secara menyeluruh, merangkumi mata pencarian danpekerjaan. Antara lainnya, GLC juga komited untuk menyediakan 30,000 peluang pekerjaan melalui pembabitan di dalam inisiatif JaminKerja pada tahun 2022.
  2. Perniagaan: GLIC/GLC, melalui ekosistemnya, komited untuk mengembalikan keupayaan dan daya saing perniagaan menerusi pelbagai inisitiaf seperti pembiayaan perniagaan, dan sokongan berterusan kepada PMKS, termasuk peniaga dan syarikat Bumiputra. Melalui Jalinan GLC: Memperkasa PKS di dalam Bajet 2022, RM5 bilion telah diperuntukkan bagi membantu usahawan PMKS di dalam ekosistem GLIC/GLC berkembang maju.
  3. Ekonomi: Bagi memastikan agar ekonomi kembali mampan dan jurang ekonomi dirapatkan menerusi pemerkasaan komuniti, GLIC/GLC juga komited untuk melaksanakan projek berteraskan konsep lestari, projek pembangunan untuk pemulihan serta projek ketersambungan digital.
  4. Kesihatan Awam: GLIC/GLC yang berkaitan komited untuk menyediakan akses kepada kemudahan kesihatan awam termasuklah kesihatan mental, wanita serta kanak-kanak.
  5. Agenda Bumiputera: GLIC/GLC komited untuk melaksanaan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera seperti program vendor Bumiputera. Sehubungan itu, melalui Bajet 2022, GLIC/GLC juga komited untuk memperuntukkan sebanyak 40% perolehan tempatan kepada usahawan Bumiputera.

Kesemua usaha ini juga akan menyumbang kepada pelaksanaan visi Kerajaan bagi pemulihan ekonomi jangka pendek dan penyusunan semula struktur ekonomi bagi membina daya tahan jangka masa sederhana dan panjang.

Peranan GLC dan GLIC di Malaysia turut merangkumi tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersepadu menerusi Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN). Sebelum ini digelar “GLC/GLIC Disaster Relief Network”, penampilan baharu GDRN juga telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Hari Terbuka GLC 2022. GDRN kini dikenali sebagai “GLC Demi Rakyat dan Negara”, selaras dengan perluasan skop merangkumi Pendidikan, Kesejahteraan dan Kelestarian Kehidupan dan Respons Kemanusiaan.

Platform GDRN ini menyelaraskan setiap usaha CSR GLIC/GLC yang merangkumi pendidikan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan hidup bagi memastikan keberhasilan, mengurangkan pertindihan dan meningkatkan kecekapan dalam menggunapakai peruntukan sumber dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial.

Hari Terbuka GLC 2022 yang berlangsung pada 11 Mac hingga 13 Mac 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menyaksikan penyertaan 25 buah GLIC/GLC.

Keluarga Malaysia dijemput untuk bersama-sama hadir dan mengambil peluang yang disediakan bersempena Hari Terbuka GLC 2022 bagi manfaat bersama dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan, biasiswa dan tawaran lain yang disediakan oleh GLC dan GLIC.

Dengan landskap global yang berubah pantas, Kerajaan yakin ekosistem GLIC/GLC yang ditambahbaik akan terus membantu membina sebuah masa hadapan yang lebih Makmur, sejahtera, mampan dan inklusif bagi Keluarga Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.