10 Mac 2022, 09:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pakar Ekonomi Negara Kanan Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin menyatakan bahawa konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine nampaknya menguntungkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport minyak bersih dan kenaikan mendadak harga minyak akan memberikan sokongan sementara untuk kedudukan fiskal negara.

Beliau berkata walaupun harga minyak akan memberikan sedikit sokongan kepada Malaysia, prospek akan kekal berhati-hati kerana kemungkinan kemunculan varian COVID-19 yang baharu dan teruk. Pada masa ini, minyak mentah Brent didagangkan pada AS$126.8 setong. Apabila sempadan negara dibuka semula, kita akan beransur-ansur kembali ke tahap prapandemik dan ini akan memacu ekonomi ke hadapan,” katanya semasa sesi yang diadakan sempena Persidangan Prospek Malaysia 2022.

Sesi itu bertajuk Pemulihan Ekonomi dan Ketahanan di Malaysia dikendalikan oleh IDEAS.

Ketua Pegawai Strategik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisyam Hussein turut bersetuju dan menyatakan bahawa walaupun Malaysia tidak mempunyai tahap pendedahan perdagangan yang tinggi dengan Rusia dan Ukraine, negara bekas Kesatuan Soviet itu banyak terlibat dalam industri semikonduktor dan pengeluar utama komoditi seperti gandum dan logam.

Shakira turut menekankan kepentingan kerajaan untuk terus menangani isu jaringan keselamatan sosial, khususnya bagi kumpulan rentan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, kesihatan dan pendidikan serta usaha membasmi kemiskinan.

“Kerajaan harus menyiasat isu jaringan keselamatan sosial, terutamanya berkaitan subsidi dan kawalan harga, kerana pada masa ini, 50% daripada subsidi kerajaan disalurkan kepada bahan api, yang bukan subsidi yang disasarkan, mengakibatkan ketidakcekapan,” tambahnya.

Sementara itu, Nurhisyam menambah bahawa trajektori pemulihan negara berada di landasan yang betul dengan petunjuk ekonomi utama menjurus ke arah pemulihan ekonomi yang mampan.

“Bagi KWSP, kami melihat asas keahlian aktif bertambah baik dan kembali ke tahap prapandemik, yang mana 7.7 juta ahli aktif direkodkan berbanding 7.6 juta pada Disember 2020. “Pencarum bulanan aktif meningkat kepada 5.8 juta berbanding 5.6 juta pada Disember 2020 dan trend peningkatan didapati melalui pendaftaran dan sumbangan ahli selepas pembukaan semula ekonomi.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.