8 Mac 2022, 08:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sektor perbankan Malaysia berada di kedudukan baik untuk merealisasi aspirasi Malaysia terutama ketika sedang melalui transformasi dan perubahan besar. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa sektor perbankan Malaysia antara yang terkukuh di Asia.

Menurutnya, kedudukan negara yang strategik di tengah-tengah Asia Tenggara menjadikan Malaysia mempunyai taraf hidup yang tertinggi di rantau ini.

“Dengan keberkesanan kesalinghubungan dan rancangan infrastruktur pada masa-masa akan datang, Malaysia dilihat bakal menjadi pangkalan serantau dan antarabangsa yang ideal untuk perniagaan. Kita juga mahu menjadikan Malaysia sebagai hab untuk bakat global, pusat pembangunan teknologi baharu dan sebagai pusat pertukaran maklumat,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan ibu pejabat HSBC Malaysia yang baharu di Menara IQ, Tun Razak Exchange (TRX).

Tengku Zafrul juga menambah Pelan Tindakan Sektor Kewangan yang memperincikan strategi  amat penting bagi sektor kewangan dalam mengharungi cabaran dan peluang masa depan dalam merealisasikan matlamat ekonomi yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Pada dasarnya, pelan tindakan akan merealisasi matlamat Malaysia ke arah kemakmuran, inklusif dan mampan dengan lebih baik. Sehubungan ini, kami amat menghargai para pelabur yang telah sekian lama bertapak di Malaysia seperti HSBC yang telah memainkan peranan utama di negara ini sepanjang 130 tahun yang lalu dan kini membantu dalam memudahcarakan pemulihan ekonomi, pertumbuhan dan transformasi negara”.

Beliau menyifatkan 130 tahun merupakan suatu tempoh yang amat panjang dan selama lebih satu abad, HSBC telah berganding bahu dengan Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.