7 Mac 2022, 14:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Ke-5 Istiadat Konvokesyen 15 UniMAP di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Pada majlis tersebut, seramai 370 orang graduan menerima penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian) dan Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa) daripada baginda termasuklah pasangan kembar Satiabama dan Satiawani a/p Nagayah. Pada majlis tersebut, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bertitah bahawa graduan digalakkan menceburi bidang keusahawanan. Hal ini demikian kerana selain memanfaatkan diri sendiri, seseorang graduan itu juga mampu menyumbang kepada masyarakat melalui sesi perkongsian ilmu.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra turut meluangkan masa bertegur sapa dan berinteraksi dengan ibu bapa yang datang dari jauh hadir mengikuti sesi konvokesyen melalui maya. Baginda juga mengucapkan tahniah kepada semua para graduan dan berharap agar graduan sentiasa menjaga imej dan nama baik UniMAP walau di mana-mana sahaja mereka berada.

DYTM Tuanku Raja Muda turut mengingatkan graduan supaya perlu sentiasa bersedia agar mampu mendepani segala cabaran hidup yang mendatang khususnya dalam era endemik COVID-19.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.