7 Mac 2022, 11:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia turut memberikan cabaran kepada pengurusan kewangan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata selain kenaikan harga minyak mentah, harga komoditi lain seperti gandum, bijirin dan sebagainya sentiasa dipantau kerajaan.

Tambah beliau, pihak kerajaan memberikan subsidi petrol RON95 walaupun kebanyakan negara sedang mengalami kenaikkan bahan api itu sehingga mencecah RM10 seliter.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan akan memanfaatkan kenaikan harga komoditi lain seperti minyak kelapa sawit dan getah untuk menampung subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Terdahulu dilaporkan harga minyak mentah melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun susulan krisis Rusia-Ukraine. Harga minyak mentah brent meningkat melepasi paras AS$96 setong, paras tertinggi sejak 2014.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.