4 Mac 2022, 15:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  PPB Group Berhad terpaksa menaikkan harga jualan produknya sebanyak 10% setakat ini akibat terkesan dengan kenaikan bahan mentah khususnya tepung kesan daripada krisis Rusia-Ukraine.

Pengarah Urusannya, Lim Soon Huat menyatakan bahawa krisis itu dilihat memberikan kesan kepada ekosistem bahan mentah global sekali gus menghimpit pengeluar produk makanan.

Tambah beliau, pergolakan geopolitik itu juga akan meningkatkan ketidaktentuan harga bahan mentah terkesan dengan kenaikan harga komoditi lain, logistik, pengangkutan, cuaca dan kekurangan pekerja akibat COVID-19.

Selain gandum, Rusia dan Ukraine merupakan pembekal jagung yang merangkumi 90% bekalan dunia dan kedua-dua negara itu turut mengeksport 80% bunga matahari.

“Pergolakan juga menyebabkan bahan mentah mungkin tidak boleh dibawa keluar dari Rusia dan Ukraine selepas pelabuhan mereka ditutup.”

Kami melihat kenaikan kos yang memberi kesan kepada operasi syarikat dan anak syarikat lain ditambah pula dengan kos untuk menjalankan perniagaan yang turut meningkat. Pihaknya sudah cuba meminimumkan kos harga tetapi terpaksa memindahkan kenaikan itu kepada pengguna disebabkan oleh tiada pilihan lain.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!