Oleh Ritah Yahaya
3 Mac 2022, 16:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa bermula 1 April 2022, Sistem e-TT (e-Pindahan Telegrafik) akan diperkenalkan bagi bayaran Cukai Pendapatan, Cukai Petroleum, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Bayaran Kompaun, Cukai Penghibur Awam (Seniman Kembara), dan Cukai Pegangan melalui kaedah Pindahan Telegrafik (Telegraphic Transfer), Pindahan Dana Elektronik (EFT) dan Pindahan Giro antara Bank (IBG) dari dalam dan luar negara.

e-TT merupakan sistem yang akan menjanakan Nombor Akaun Maya (Virtual Account Number (VA)) sebagai identiti pengenalan bayaran. Pembayar cukai yang ingin membuat bayaran cukai menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dari dalam dan luar negara dikehendaki untuk mengakses Sistem e-TT  yang boleh dicapai dengan langkah mudah seperti yang berikut:

(i) Layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my
(ii) Klik Perkhidmatan ezHasil > submenu e-TT.
(iii) Isi maklumat bayaran dengan lengkap untuk menjanakan Nombor VA.
(iv) Nombor VA yang diberi perlu digunakan sebagai nombor akaun bayaran semasa melakukan bayaran menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) di kaunter bank atau menerusi portal perbankan elektronik.

Dengan pengenalan Sistem e-TT, empat jenis bayaran, iaitu Kompaun, Cukai Penghibur Awam (Seniman Kembara), Cukai Pegangan dan CKHT – Pegangan Cukai 3% oleh Pemeroleh Aset (Seksyen 21B, ACKHT 1976), yang pada masa ini hanya boleh dilakukan di Kaunter Bayaran HASiL dan juga boleh dibuat menerusi kaedah e-bayaran.

Bayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:

  • Portal perbankan Internet menerusi IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik/Pindahan Wang.
  • Kaunter Bank: IBG/RENTAS/Pindahan Telegrafik/ Pindahan Wang sahaja*, *Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan.
  • Mesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM)).

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Sistem e-TT, sila layari portal rasmi HASiL (www.hasil.gov.my). Sebarang pertanyaan dan maklum balas yang berkaitan boleh diajukan kepada HASiL melalui:

(a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara).

(b) HASiL Live Chat.

(c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!