3 Mac 2022, 09:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan perasmian pembukaan kedai kopi Starbucks di Kangar Jaya, Perlis.

Starbucks Malaysia membuka kedai kopi pertamanya di Perlis yang menyaksikan syarikat itu melengkapkan operasi syarikat di semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Turut hadir pada majlis itu ialah kedua-dua puteri baginda Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra dan YAM Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays berkata bahawa kedai kopi baharu itu merupakan kedai pandu lalu ke-62 syarikat tersebut daripada 345 cawangannya di negara ini.

Beliau menyatakan bahawa mereka terpaksa menangguhkan jadual pembukaan cawangan itu disebabkan oleh pandemik COVID-19. Beliau turut menyatakan bahawa Perlis merupakan negeri terakhir Starbucks membuka cawangannya disebabkan oleh pihaknya mahu mencari lokasi yang sesuai.

Menurut Sydney Quays lagi, pembukaan cawangannya di negeri ini merupakan satu daripada pencapaian utama bagi syarikat tersebut yang menyediakan peluang kepada penduduk untuk merasai pengalaman minum kopi luar biasa yang digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, cawangan Starbucks di Perlis telah direka bentuk bagi mencerminkan warisan lebih 50 tahun jenama kopi tersebut dan menerapkan tradisi serta budaya tempatan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.