2 Mac 2022, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Top Glove Corporation Bhd mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion sepanjang tempoh Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).

Pada 15 Julai 2020, CBP AS telah mengeluarkan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) ke atas Top Glove atas dakwaan amalan buruh paksa dalam proses pengeluaran, termasuk ikatan hutang pekerja, kerja lebih masa yang melampau, melanggar syarat persekitaran,  kemudahan tempat kerja dan penginapan serta penahanan dokumen pengenalan diri.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan bahawa sekatan WRO tersebut telah dibatalkan pada 10 September 2021 setelah CBP berpuas hati dengan bukti dan tindakan yang diambil oleh syarikat Top Glove termasuk pembayaran pampasan kepada pekerja dan memperbaiki kemudahan tempat kerja serta penginapan pekerja.

MITI menyatakan bahawa sesi libat urus telah diadakan pada 18 Februari 2022 bersama-sama Kedutaan Amerika Syarikat dan ahli MARGMA untuk meneliti dan membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh pemain industri bagi memastikan sekatan WRO terhadap syarikat sarung tangan getah Malaysia dapat dibatalkan dan dielakkan pada masa hadapan.

MITI sentiasa komited dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pematuhan dasar semasa termasuk berkaitan hak asasi manusia dalam kalangan pemain industri negara dan pelabur asing.

MITI akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan khususnya pihak industri dalam menerapkan nilai etika dan pematuhan peraturan bagi mengelakkan amalan buruh  paksa dan meningkatkan kesedaran mengenai amalan pekerja yang baik.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!