1 Mac 2022, 22:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sasaran kutipan hasil cukai berjumlah RM139 bilion tahun ini mampu dicapai dengan memastikan segala perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi menyatakan bahawa LHDN tidak akan mengambil pendekatan yang agresif untuk mencapai sasaran itu, sebaliknya menyediakan perkhidmatan khusus yang diperlukan oleh pihak pembayar cukai.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob  menjangkakan kutipan hasil cukai akan kembali kepada paras sebelum pandemik COVID-19, sama ada memenuhi atau melebihi sasaran kutipan cukai berjumlah RM139 bilion pada tahun ini.

LHDN  perlu merangka strategi jangka pendek dan sederhana untuk mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan dan  mengekalkan prestasi yang baik pada masa hadapan.

Hasil cukai  pada tahun 2021 menunjukkan peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding dengan tahun 2020 kepada lebih RM140 bilion.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, LHDN perlu merangka strategi bagi memastikan sistem pencukaian yang sedia ada bersifat lestari dan berpanjangan.

Selain itu, LHDN juga akan mengambil pendekatan bagi memastikan peningkatan kadar pematuhan pembayaran cukai.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.