Oleh Ritah Yahaya
1 Mac 2022, 19:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Putrajaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri menerima kehadiran YB Tengku Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia yang mewakili YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke Sambutan Hari HASiL ke-26.
Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri Kewangan Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga HASiL (HASiLian) atas pencapaian cemerlang kutipan hasil pada tahun 2021. Prestasi luar biasa ini terbit daripada dasar pemulihan ekonomi yang diusahakan oleh kerajaan serta berkat komitmen seluruh warga HASiL.
YB Tengku Datuk Seri Utama Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia.Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi.Meraikan para penerima anugerah.

YB Menteri Kewangan Malaysia turut menyampaikan Anugerah Pembayar Cukai Terbaik 2021 kepada 10 orang pembayar cukai yang mencapai tahap pematuhan yang tinggi terhadap polisi percukaian negara. Mereka sewajarnya menjadi contoh kepada pembayar cukai lain  untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam majlis yang sama, lima orang warga HASiL menerima anugerah “Most Outstanding Hasilian 2021” sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan yang boleh menjadi inspirasi kepada warga HASiL yang lain.

Dalam ucapan alu-aluan bersempena dengan sambutan Hari HASiL 2022, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi mengharapkan sambutan Hari Hasil pada kali ini terus menyuntik semangat kepada warga HASiL agar terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan. “Teruskan membina imej HASiL yang profesional dalam kita memenangi kembali keyakinan rakyat,” ujar beliau.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.