Oleh Ritah Yahaya
28 Februari 2022, 16:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2022, Taobao mengumumkan Jualan Taobao 3.8 yang menampilkan perisa tradisional Malaysia daripada perniagaan mikro Kampung Baharu yang memfokuskan wanita, di samping pelbagai tawaran istimewa yang tersedia dari 4 Mac hingga 8 Mac 2022.

Lanjutan kerjasama Taobao dengan Kerajaan Negeri Selangor sejak Tahun Baharu Cina, inisiatif bersama ini bertujuan  membawa lebih banyak jenama Kampung Baharu ke platform Taobao untuk mempromosikan aset budaya Malaysia, terutamanya dalam kalangan generasi muda. 

Kerjasama ini juga bertujuan meningkatkan keupayaan komuniti Kampung Baharu yang kurang mendapat perkhidmatan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dengan memanfaatkan saluran digital, bersama-sama pemasaran produk dan pengurusan jenama yang berkesan dan mampan.

Untuk Jualan Taobao 3.8, sejajar dengan peningkatan penekanannya pada keterangkuman, Taobao akan menampilkan empat jenama Kampung Baharu yang sama ada memenuhi keperluan pengguna wanita atau diterajui oleh usahawan wanita daripada BAIKSelangor 2021-2022. Empat produk Kampung Baharu yang diketengahkan ialah Wei Tian Fang Moisturizing Snow Swallow Peach Paste (pingat Perak), Jin La Xiang Garlic Cili Sos (pingat Gangsa), Grusonn Essence of Mushroom, dan Lee’s Cocoa 80 Percent Single Origin Dark Chocolate.

“Taobao komited untuk memupuk persekitaran yang pelbagai dan inklusif, di mana teknologi digunakan bagi kebaikan perniagaan dan komuniti yang masih belum mendapat manfaat daripadanya, akses kepada ekonomi digital. Dengan menonjolkan peniaga Kampung Baharu ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih banyak perniagaan mikro berkembang ke dalam bidang digital sambil turut membantu generasi muda membina penghargaan terhadap akar nenek moyang kita,” ujar Jess Lew, Pengurus Negeri,  Alibaba Tmall Taobao World, Malaysia.   

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Taobao sekali lagi, kali ini untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa. Usaha bersama kami semasa Jualan Tahun Baharu Cina Taobao bukan sahaja meningkatkan pendedahan untuk barangan berkualiti tinggi yang dihasilkan di Kampung Baharu di Selangor, tetapi kerjasama ini juga membantu  jualan industri kotej berkembang dan mencapai matlamat kami untuk merangsangkan ekonomi untuk penduduk kampung. Inisiatif ini akan membolehkan penduduk kampung bergema dengan produk hebat daripada komuniti mereka. Kerajaan negeri Selangor mengharapkan lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan Taobao dalam menyokong lebih banyak jenama Kampung Baharu,” kata YB Ng Sze Han, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.