28 Februari 2022, 09:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21 000 kepada seramai 30 orang asnaf. Para penerima terpilih pada kali ini terdiri dalam kalangan anak kariah Masjid As Sakinah, Padang Melangit.

Hadir sama dalam program tersebut ialah kepimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, YBhg. Datuk Abang Salehuddin Abg Shokeran. Turut serta ialah Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi; dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Haji Mohd Salahuddin Mohamed.

Dalam meningkatkan ekonomi Perlis, baginda bertitah bahawa lebih banyak pemain utama industri di negara ini diundang untuk terlibat sama dalam pelbagai sektor perindustrian di negeri tersebut seperti merancakkan lagi pembangunan di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) di Padang Besar. Hal ini demikian kerana kemajuan sektor perindustrian akan dapat membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan baharu kepada rakyat bagi menjana sumber pendapatan dan sekali gus meningkatkan taraf ekonomi.

Pada kesempatan yang sama, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga mengajak semua pihak agar dapat terus bersama-sama menyumbangkan idea dan membina kepakaran tenaga melalui pelbagai platform rasmi sedia ada demi pembangunan negeri yang dicintai itu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.