Oleh Ritah Yahaya
18 Februari 2022, 15:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau Ministry of Tourism and Culture (MOTAC) menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1500.00 kepada Pemandu Pelancong Berlesen di bawah Belanjawan 2022. Untuk mendapatkan bantuan ini, MOTAC menetapkan syarat kelayakan seperti yang berikut:

  1. Hanya Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad) sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
  2. Pemohon hendaklah memiliki lesen Pemandu Pelancong Bandar Pemandu Pelancong Alam Semula jadi Setempat/Pemandu Pelancong Khas Langkawi/ Pemandu Pelancong Khas Wilayah Sarawak atau Sabah (RSTG) yang masih sah berkuat kuasa dengan MOTAC.
  3. Penerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 2021 akan terus layak menerima bantuan ini. Bantuan ini juga di panjangkan kepada pemegang lesen Pemandu Pelancong yang masih sah laku pada 31 Oktober 2021 layak menerima bantuan kewangan ini.
  4. Lesen Pemandu Pelancong yang telah tamat tempoh sah laku sebelum atau pada 1 November 2021 dan tidak mengemukakan pembaharuan lesen pemandu pelancong berserta dengan bayaran fi proses sebelum tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  5. Pemberian bantuan kewangan ini hanya diberi kepada individu yang layak sahaja. Proses bayaran peringkat pertama sebanyak RM1000.00 bermula pada bulan Februari 2022 dan baki bayaran RM500.00 akan dilaksanakan pada bulan Mei 2022.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.