Oleh Ritah Yahaya
16 Februari 2022, 10:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Menurut Kementerian Kewangan Malaysia harga runcit Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 17 Februari 2022 hingga 23 Februari 2022 adalah ditetapkan seperti yang berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 6 sen seliter, iaitu daripada RM3.21 kepada RM3.27 seliter.
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.