Oleh Ritah Yahaya
16 Februari 2022, 13:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi HASiL di www. hasil.gov.my>MyTax>Perkhidmatan ezHasil> e-Filing.

Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan HASiL.

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut   boleh    dilakukan    secara    dalam    talian,    iaitu  melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.

Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, mereka boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara)/603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau kunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran.

Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata bagi Tahun 2022 boleh dirujuk di portal rasmi hasil.gov.my atau boleh klik pada pautan berikut untuk capaian pantas:

https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax.

Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan dengan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967. Perkara ini perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengisi e-Filing dan semakan pematuhan oleh HASiL pada masa hadapan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan dengannya boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

(a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara);

(b) HASiL Live Chat; dan

(c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas seperti yang berikut:

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

 

Dikeluarkan 0leh:

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)

Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000

Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.